U2FsdGVkX19mgehjlXtnIErmbVohif7Be9ATAXKBw97P/Mgv/JnovmL1y4Y0OXyNEXZSys/qCGmudkHOa8g9wcrMlM1vcNA5Yn+m5jHUTMI=
Sokesto Bestari

Top Ad unit 728 × 90

  • ABOUT
  • SOKESTO
  • PSS
  • PRA
  • PENAFIAN
Home admin Pendidikan 20 Kluster melibatkan pendidikan dikesan setakat ini – Menteri Kesihatan

20 Kluster melibatkan pendidikan dikesan setakat ini – Menteri Kesihatan

Unknown 8:16 PM admin, Pendidikan
20 Kluster melibatkan pendidikan dikesan setakat ini – Menteri Kesihatan medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

20 Kluster melibatkan pendidikan dikesan setakat ini – Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan terdapat peningkatan kluster pendidikan melibatkan murid, guru dan kakitangan sekolah di seluruh negara.

Sehingga kini jelasnya, sebanyak 20 kluster telah dikenal pasti oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Didapati kluster melibatkan sektor pendidikan menunjukkan peningkatan dikaitkan jangkitan rakan sekerja dan kontak sosial. “Apabila terdapat kes positif dilaporkan di Pusat Kesihatan Daerah (KPD) melibatkan anak murid, guru dan pekerja sekolah, pasukan kesihatan akan digerakkan untuk pengesanan kes dan kontak serta menjalankan proses disinfeksi,” katanya dalam sidang media mingguan CITF di Putrajaya pada Isnin.

Gambar sekadar hiasan

Untuk tujuan kawalan jelas Dr Adham, kakitangan kesihatan akan membuat penilaian risiko dan kesihatan di sekolah terbabit jika perlu ditutup operasi sementara. “Kakitangan kesihatan akan buat penilaian risiko dan kesihatan secara menyeluruh memastikan pengurusan kes dan kluster dapat dijalankan sebaik mungkin.

“Untuk tujuan langkah-langkah kawalan, pegawai kesihatan daerah akan nasihatkan pengurusan sekolah untuk tutup sementara sama, ada kelas atau sekolah bergantung penilaian dijalankan,” jelasnya lagi. Tambah beliau, selain langkah yang diambil kementeriannya, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Adham turut mengumumkan terdapat peningkatan daerah hijau di seluruh negara. “Daripada 159 daerah yang kita ada kes COVID-19, setakat ini sembilan daerah di Semenanjung bertukar hijau iaitu di Hulu Perak, Kampar, Jelebu, Langkawi, Bandar Baru Sik dan Yan dan Cameron Highlands. “Manakala di Sarawak tujuh daerah dikategorikan hijau, di Sabah peningkatan kawasan hijau, daripada 27 daerah, 5 daerah hijau dicatatkan,” jelasnya lagi.

Selain itu, untuk berita yang positif, kes covid19 melibatkan petugas kesihatan semakin menurun.

Kes jangkitan Covid-19 di kalangan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menurun dalam tempoh Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan di lancarkan kira-kira 40 hari yang lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, penurunan jangkitan kes di kalangan petugas KKM ini menunjukkan tanda positif perlaksanaan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula 24 Februari lalu.

“Kes jangkitan melibatkan petugas KKM secara keseluruhannya diperolehi dari masyarakat setempat yang mendapatkan rawatan. Jadi, petugas KKM adalah antara golongan sasar utama bagi fasa pertama program ini.

“Penurunan kes jangkitan dikalangan mereka adalah antara kejayaan awal program ini yang menunjukkan keberkesanannya,” kata.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu perasmian Program Malaysia Prihatin Vaksinasi Covid-19 Lindungi Diri, Lindungi Semua peringkat daerah Segamat di Dewan Muafakat, Taman Yayasan Segamat.

R-naught meningkat: Terus patuh SOP, jangan alpa Dua hari berturut-turut kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Nilai R-naught (Ro) mencatatkan tahap berisiko melebihi 1.0.

Ini bermaksud, setiap 10 orang yang dijangkiti COVID-19 berpotensi menyebarkannya kepada 10 orang lain. Nilai Ro mula meningkat pada 19 Mac lalu iaitu 0.9 dan sejak itu terus meningkat sehingga melebihi 1.0 pada 3 dan 4 April.

Peningkatan ini memberi gambaran situasi risiko berlakunya lebih banyak jangkitan sama ada di tempat kerja atau dalam komuniti. Nilai Ro paling tinggi pernah dicatatkan ialah 3.5 pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu dan berjaya diturunkan kepada 0.3, hasil pematuhan oleh rakyat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini berkata, KKM mensasarkan untuk menurunkan Nilai Ro kurang daripada 1.0 sehingga 0.5 untuk memutuskan rantaian jangkitan dan membendung penularan. Namun, Jika masyarakat alpa dan tidak mengendahkan SOP, kes jangkitan akan kembali meningkat sejajar dengan seperti yang diunjurkan KKM. (rujuk infografik). Ketidakpatuhan SOP akan mengakibatkan penularan jangkitan. Ambillah langkah berjaga-jaga untuk menjaga diri kita dan keluarga kita pada setiap masa

(sumber kosmo awani fb)

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan  [ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post 20 Kluster melibatkan pendidikan dikesan setakat ini – Menteri Kesihatan appeared first on Sumber Pendidikan.

Related posts:

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 Contoh Simulasi Jadual Waktu Penjajaran Kurikulum 2020 Sekolah Rendah Panduan Permohonan Aplikasi Kemasukan Sekolah Khusus 2021 SARJANA PENDIDIKAN UKM MOD CUTI SEKOLAH INTAKE 2021

Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

20 Kluster melibatkan pendidikan dikesan setakat ini – Menteri Kesihatan

20 Kluster melibatkan pendidikan dikesan setakat ini – Menteri Kesihatan merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link 20 Kluster melibatkan pendidikan dikesan setakat ini – Menteri Kesihatan atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
20 Kluster melibatkan pendidikan dikesan setakat ini – Menteri Kesihatan Reviewed by Unknown on 8:16 PM Rating: 5

Tags :

admin Pendidikan
  • Tweet
  • Share
  • Share
  • Share
  • Share
Unknown

About Sokesto Bestari

Number of Entries : Update Daily

Sokesto Bestari Sekolah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu, Terengganu. Kod Sekolah TBA6068 - Berilmu dan Beramal. Merupakan Sekolah Bestari Luar Bandar yang terletak di Kampung Sungai Tong, Permaisuri, Setiu, Terengganu.

Pendidikan

No comments:

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Labels

admin Berita Encik Mohd Aried Rifke KSSR Maklumbalas Mohd Suhaimin Isnen Pekeliling Pemberitahuan Pendidikan Peperiksaan Puan Zabedah Mamat Sekolah Rendah SGO shamsudin Tender Tuan Naufal Tuan Khaled

Popular Posts

  • Makluman Permohonan Lepasan SPM 2020 ke Matrikulai dan IPG
    Makluman Permohonan Lepasan SPM 2020 ke Matrikulai dan IPG medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pen...
  • Koleksi RPH KSSR 2020 Tahun 1 hingga Tahun 6
    Koleksi RPH KSSR 2020 Tahun 1 hingga Tahun 6 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebah...
  • Pelajar Autisme Muhammad Amsyar Anas Ramlee Buat Netizen Terlopong Lihat Lukisan Ultraman
    Pelajar Autisme Muhammad Amsyar Anas Ramlee Buat Netizen Terlopong Lihat Lukisan Ultraman medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malays...
  • Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca
    Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan...
  • Karangan Pasang Siap
    Karangan Pasang Siap medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pem...
  • Guru ini kongsikan cara selesaikan hutang kereta 2 tahun lebih cepat
    Guru ini kongsikan cara selesaikan hutang kereta 2 tahun lebih cepat medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan...
  • Pembelajaran Sains Tahun 4 Tumbuh-Tumbuhan KSSR Semakan
    Pembelajaran Sains Tahun 4 Tumbuh-Tumbuhan KSSR Semakan medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendid...
  • 12 Konstruk dalam Program LINUS2.0
    12 Konstruk dalam Program LINUS2.0 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita ...
  • Latihan Sains PKPB Sekolah Rendah
    Latihan Sains PKPB Sekolah Rendah medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita s...
  • Modul 2 DLP Matematik Tingkatan 5 SPM
    Modul 2 DLP Matematik Tingkatan 5 SPM medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan beri...

Blog Archive


Contact us

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.