Top Ad unit 728 × 90

Himpunan Peribahasa yang Terdapat dalam Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6

Himpunan Peribahasa yang Terdapat dalam Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

Senarai Peribahasa yang Terdapat dalam Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan senarai peribahasa yang terdapat dalam buku teks KSSR Bahasa Melayu tahap 2 iaitu bermula Tahun 4 sehingga Tahun 6.

Peribahasa ini dikumpulkan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sudi menyenaraikan peribahasa-peribahasa ini. Umum sedia maklum, peribahasa ialah ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu yang biasanya merujuk kepada maksud berkias, berlapik dan tersirat. Terdapat lima jenis peribahasa iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan perbilangan.

Perkongsian ini amat penting khususnya kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam menjawab pada bahagian peribahasa yang biasanya terdapat pada Bahasa Melayu Kertas 2 (Penulisan).

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan senarai peribahasa yang telah dihimpunkan berserta maksudnya:

SIMPULAN BAHASA

1. Air muka – rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan
2. Air tangan – hasil kerja tangan seseorang
3. Anak buah – pengikut / rakyat/orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga
4. Anak bujang- anak lelaki yang belum berkahwin
5. Anak didik – pengikut seseorang pemimpin yang diasuh sendiri oleh pemimpin itu.
6. Anak jati –
7. Anak tunggal-
8. Ayam tambatan –orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan
9. Berhati walang –bersedih, hiba,dukacita,gelisah, suram
10. Besar hati – bangga dan gembira
11. Buah fikiran – pendapat
12. Bulat hati –lurus hati / bersungguh-sungguh
13. Bulat kata – sudah mencapai kata sepakat
14. Hati terbuka – perasaan senang hati untuk menerima sesuatu
15. Kera sumbang – orang yang hidup dengan mengasingkan diri
16. Langkah seribu – melarikan diri dengan sekuat-kuat hati kerana ketakutan
17. Lapang dada – perasaaan sabar /berasa senang
18. Lupa daratan – tidak tahu mengenang budi dan kebaikan orang terhadap dirinya
19. Membawa diri –menjauhkan diri/ mengembara
20. Memerah keringat – bekerja keras
21. Menabur bakti – membuat jasa
22. Menambat hati – menarik dan memikat perasaan
23. Menara gading – tempat yang mempunyai kedudukan yang tinggi seperti universiti
24. Menghulur tangan – memberi pertolongan
25. Murah hati – suka memberi bantuan
26. Orang berada – orang kaya
27. Otak cair – pandai
28. Pasang telinga – mendengar dengan teliti
29. Permata hati – orang kesayangan
30. Rambang mata –rasa sukar untuk memilih sesuatu yang berada dalam sesuatu kumpulan yang banyak
31. Sekangkang kera – tanah yang sedikita dan tidak luas
32. Tanah air – Negara tempat kelahiran
33. Tangan terbuka – sedia menerima kedatangan seseorang dengan sukacita / orang yang bermurah hati atau suka menolong orang lain
34. Tergerak hati –
35. Titik peluh – hasil usaha atau kerja yang dibuat oleh seseorang tanpa bantuan orang lain.
36. Tulang empat kerat –kegiatan melakukan sesuatu pekerjaan dengan menggunakan tenaga fizikal

PERUMPAMAAN
1. Bagai aur dengan tebing – hidup bekerjasama dan bermuafakat
2. Bagai bulan jatuh ke riba –mendapat untung yang besar
3. Bagai dihiris sembilu – sangat pedih rasa dihati
4. Bagai kacang lupakan kulit – tidak mengenang jasa dan budi orang lain
5. Bagai menatang minyak yang penuh – memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang
6. Bagai tikus jatuh ke beras –mendapat rezeki yang melimpah ruah/ banyak

Bandingan Semacam :
1. Bijak seperti pendita
2. Cantik seperti bidadari
3. Nipis seperti kertas

PEPATAH

1. Alah membeli menang memakai – biar membeli dengan harga yang mahal asalkan barang itu tahan lama

2. Alang-alang berdakwat biar hitam- buatlah sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh hingga berhasil

3. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya – sesuatu itu mengikut asalnya, anak mengikut baka ibu bapanya.

4. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul – betapa susah kita melihat penderitaan orang lain, susah lagi orang yang menanggungnya

5. Gunung sama didaki, lurah sama dituruni-susah senang bersama-sama

6. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing- sikap bekerjasama dalm membuat sesuatu perkara

7. Berpantang maut sebelum ajal –

8. Biar putih tulang , jangan putih mata-lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidamkan

9. Buang yang keruh, ambil yang jernih -berdamai dan melupakan pertelingkahan

10. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat –kata sepakat diperoleh dengan bermesyuarat atau berunding

11. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan – jika ada azam , apa-apa yang dihajati boleh tercapai

12. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung –ikutlah peraturan dan
adat resam tempat kita menetap

13. Enggang sama enggang , pipit sama pipit- berkawan hendaklah sama taraf atau sama status.

14. Hanya jauhari mengenal manikam – orang yang pandai sahaja dapat melakukan penilaian dengan tepat.

15. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama – orang yang baik meninggalkan nama baik dan orang yang jahat akan meninggalkan nama yan

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Himpunan Peribahasa yang Terdapat dalam Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 bermanfaat kepada kita semua khususnya kepada calon-calon UPSR. Semoga berjaya daripada kami.

Himpunan Peribahasa yang Terdapat dalam Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Himpunan Peribahasa yang Terdapat dalam Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6

Himpunan Peribahasa yang Terdapat dalam Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Himpunan Peribahasa yang Terdapat dalam Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Himpunan Peribahasa yang Terdapat dalam Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6 Reviewed by Unknown on 9:25 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.