Top Ad unit 728 × 90

13 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Dasar Dual Language Programme (DLP)

13 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Dasar Dual Language Programme (DLP) medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

13 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Dasar Dual Language Programme (DLP). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan 13 perkara penting yang perlu kita ketahui dan fahami bersama berkaitan dasar pelaksanaan Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP). Ibu bapa dan guru-guru perlulah mengetahui dan memahami berkaitan perkara ini kerana ini melibatkan anak-anak dan murid-murid mereka.

Umum sedia maklum, Program Dwibahasa (Dual Language Programme) iailag program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan Matematik (STEM) yang lain.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan 13 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Dasar Dual Language Programme (DLP) :

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Dual Language Programme (DLP)?

Dual Language Programme (DLP) adalah program yang diperkenalkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi.

  1. Bagaimana DLP menyokong dasar pendidikan?

Selaras dengan aspirasi PPPM agar murid menguasai kemahiran dwibahasa, DLP memberi peluang kepada murid untuk mengguna pakai bahasa Inggeris melalui mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. DLP membolehkan masyarakat Malaysia meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global.

  1. Adakah ini satu cara berbalik kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)?

Tidak. DLP adalah satu program pengukuhan bahasa Inggeris berasaskan pilihan sekolah, manakala PPSMI adalah suatu dasar yang dilaksanakan di semua sekolah.

Dasar MBMMBI diperkenalkan untuk memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian mengambil langkah untuk mengukuhkan lagi penguasaan bahasa dengan memperkenalkan 23 program. Kini, Kementerian memperkenalkan 2 program baharu iaitu Program Imersif Tinggi (Highly Immersive Programme, HIP) dan Program Dwibahasa (Dual Language Programme, DLP).

Langkah ini akan meningkatkan pendedahan terhadap bahasa Inggeris bagi memperkukuh kemahiran berbahasa Inggeris. Dengan pelaksanaan DLP, Kementerian akan menilai sekolah yang mempunyai keupayaan dan sumber yang sedia ada dengan sewajarnya untuk memastikan keberkesanan program ini bagi sekolah-sekolah yang terlibat.

  1. Tidakkah kelas bahasa Inggeris mencukupi untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris?

Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa tempoh pendedahan yang lebih lama berbanding kadar semasa (15-20%) diperlukan untuk murid menguasai bahasa Inggeris (PPPM).

DLP mendedahkan murid kepada masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih lama dari kadar semasa yang diperuntukkan untuk dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

  1. Adakah semua sekolah diwajibkan untuk melaksanakan DLP?

Sekolah diupayakan untuk membuat pilihan berdasarkan kriteria yang telah digariskan. Sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada PPD dan JPN. Pelaksanaan DLP adalah tertakluk kepada kelulusan Kementerian berlandaskan kesediaan sekolah.

  1. Adakah UPSR disediakan dalam dwibahasa?

Ya. Kertas UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan disediakan dalam dwibahasa.

  1. Adakah PT3 disediakan dalam dwibahasa?

Ya. Kertas PT3 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan disediakan dalam dwibahasa.

  1. Apakah bahasa pengantar yang akan digunakan bagi pentaksiran pusat bagi UPSR, PT3, SPM & STPM?

Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing.

  1. Adakah pentaksiran sekolah dan peperiksaan pusat akan menggunakan dwi bahasa?

Ya. Peperiksaan pusat akan kekal menggunakan dwi bahasa. Pentaksiran di peringkat sekolah juga perlu disediakan dalam dwi bahasa.

Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing

  1. Adakah murid dibenarkan untuk menjawab soalan peperiksaan dalam kedua-dua bahasa?

Tidak. Murid hanya dibenarkan menjawab sama ada dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau bahasa Inggeris sepenuhnya.

Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing.

  1. Bagaimanakah KPM menangani isu penguasaan bahasa Inggeris guru-guru Matematik, Sains dan mata pelajaran STEM?

Jangka pendek

ELTC akan membantu dengan menjalankan program latihan peningkatan profiensi Bahasa Inggeris dalam kalangan guru yang mengikuti DLP.

Jangka panjang

KPM akan memastikan Institusi Pendidikan Guru melengkapkan guru-guru pelatih dengan kemahiran untuk mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, guru-guru ini adalah guru opsyen Bahasa Inggeris (major atau minor).

  1. Adakah guru-guru Sains dan Matematik akan dibayar BISP?

Tidak.

  1. Bagaimanakah kelas DLP dapat diteruskan sekiranya terdapat pertukaran guru?

JPN, PPD dan PGB perlu memastikan tenaga guru yang berkemampuan untuk mengajar kelas DLP cukup sepanjang program ini dilaksanakan sekiranya berlakunya pertukaran guru.

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu 13 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Dasar Dual Language Programme (DLP) dapat memberikan pengetahuan dan kefahaman khususnya kepada ibu bapa dan warga pendidik sekalian berkaitan pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) ini. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.

13 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Dasar Dual Language Programme (DLP)
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

13 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Dasar Dual Language Programme (DLP)

13 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Dasar Dual Language Programme (DLP) merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link 13 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Dasar Dual Language Programme (DLP) atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
13 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Dasar Dual Language Programme (DLP) Reviewed by Unknown on 10:26 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.