Larangan Buat ‘Facebook Live’ Semasa Waktu Kerja Jika Tidak Mahu Tindakan Tatatertib
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia
PENJAWAT awam di negeri Perlis dinasihatkan supaya tidak sama sekali membuat siaran langsung menerusi laman sosial Facebook dalam waktu bekerja bagi mengelakkan kebocoran maklumat sulit kerajaan negeri tersebar meluas di alam maya.
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Perlis, Azmi Ibat berkata, tindakan segelintir penjawat awam negeri ini sentiasa membuat siaran langsung menerusi Facebook boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib.
“Tindakan penjawat awam membuat sebarang siaran langsung menerusi media sosial adalah salah dan melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972.
“Melalui akta berkenaan dan yang lainnya melarang penjawat awam menggunakan sosial media untuk kegunaan peribadi di waktu bekerja,” katanya ketika berucap pada Program Jenayah Siber: Kita Juga Mangsa anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perlis DiDewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian Padang Behor, Kangar, hari ini.
Menurut Azmi, tindakan penjawat awam itu boleh mengundang kepada jenayah siber oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Saya percaya sebahagian besar daripada kita juga pernah menerima e-mail atau iklan di aplikasi Facebook yang menawarkan pelbagai ganjaran lumayan.
“Kami di JTK juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran jenayah siber kerana wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan kemudahan komunikasi dan Internet untuk menimbulkan kekeliruan dan penipuan,” katanya.
Sumber : http://ift.tt/2ro9ZnU
Kesan Facebook Kepada Masyarakat dalam Konteks Suasana Kerja
Mengulas isu semasa itu sudah pasti tidak! Tetapi saya terpanggil untuk menulis mengenai isu penggunaan telefon dan sudah semestiya Facebook dan Whatsapp di kalangan penjawat awam.
Salah kalau saya kata rata-rata kita lebih banyak memegang telefon berbanding fokus buat kerja? Rasanya mungkin ramai yang tidak bersetuju tetapi bagaimana pula jika ada yang setuju? Isunya sekarang kemana hala tuju kita sebenarnya adakah kita datang kerja untuk melayari facebook atau bekerja?
Hari ini, admin melihat ramai penjawat awam yang leka dengan facebook dan group whatsapp. Kita tidak perlu bincang mengenai salah laku penggunaan facebook dan whatsapp sehingga terbawa kepada masalah keluarga bercerai berai dan curang. Tetapi yang ingin admin sampaikan sekarang ialah facebook dan whatsapp ini melalaikan.
Kadang-kadang kita terlalu taksub untuk melayari facebook hinggakan waktu memandu masih lagi memegang telefon. Begitu juga whatsapp group yang mana di dalam tandas sekalipun masih sibuk dengan segala benda perbincangan.
Adakah situasi ini hanya berlaku di kalangan tempat kerja kita? Tidak! Percayalah ianya sudah tular dan berjangkit di seluruh Malaysia. Tidak kira di negeri mana sekalipun. Hal ini kerana ianya boleh dikatakan seperti isu global.
Disini, saya memandang serius hal ini dan berharap kita yang sepatutnya lebih matang dan bijak perlulah menunjukkan sikap yang baik kepada generasi muda. Jika generasi kita sendiri sekarang sudah parah, apa yang akan berlaku kepada generasi anak-anak kita nanti? Sama-sama kita renungkan!
Admin sangat gembira jika mendapat sebarang respon tidak kira positif atau negatif. Tinggalkan respon anda dibawah ruangan ini. Terima kasih.
Larangan Buat ‘Facebook Live’ Semasa Waktu Kerja Jika Tidak Mahu Tindakan Tatatertib
Encik Mohd Aried Rifke
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Larangan Buat ‘Facebook Live’ Semasa Waktu Kerja Jika Tidak Mahu Tindakan Tatatertib
Larangan Buat ‘Facebook Live’ Semasa Waktu Kerja Jika Tidak Mahu Tindakan Tatatertib merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Larangan Buat ‘Facebook Live’ Semasa Waktu Kerja Jika Tidak Mahu Tindakan Tatatertib atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: