Top Ad unit 728 × 90

Guru tidak capai prestasi baik ditukar

Guru tidak capai prestasi baik ditukar Unit Sekolah Rendah. Medium Perkongsian Bestari Dunia Pendidikan. Muat Turun atau Baca sepenuhnya di Guru tidak capai prestasi baik ditukar
Guru tidak capai prestasi baik ditukar


KUALA LUMPUR 13 Jun – Guru yang sudah berkhidmat lima hingga 10 tahun di sesebuah sekolah namun tidak menunjukkan prestasi baik akan ditukarkan jika perlu bagi memastikan mereka mencapai standard yang ditetapkan

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan (gambar) berkata, kementerian sentiasa memantau guru yang tidak menunjukkan prestasi baik menerusi penilaian yang dilakukan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, pemantauan dinilai oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selain menerusi laporan prestasi yang dikemukakan oleh pihak pengurusan sekolah.

“Sekiranya guru itu tidak mencapai prestasi yang di­tetapkan, maka kementerian juga boleh mengambil tindakan dalam proses penukaran guru berkenaan,” katanya mengenai saranan Senator Datuk Abdullah Mat Yasin pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Abdullah mencadangkan agar guru yang berkhidmat antara lima hingga 10 tahun di sesebuah sekolah dan tidak lagi menunjukkan pres­tasi baik perlu ditukarkan ke sekolah lain.

Dalam hal itu Kamalanathan membe­ritahu, kementerian mendapati hampir keseluruhan guru di negara ini melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik setakat ini.
Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif berhubung masalah penempatan guru di Sabah dan Sarawak pula katanya, setakat ini lebih 80 peratus guru yang berkhidmat di kedua-dua negeri itu berasal dari sana.

“Kita mahu menjelang 2020 lebih 90 peratus guru yang ber­khidmat di kedua-dua negeri itu berasal dari sana, maka masalah penempatan guru yang dibangkitkan ini akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

- sumber : utusan.com.my


Perkongsian Guru tidak capai prestasi baik ditukar diterbitkan oleh Unit Sekolah Rendah dan diulangsiar di Sokesto Bestari
Guru tidak capai prestasi baik ditukar Reviewed by Unknown on 8:25 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.