Top Ad unit 728 × 90

Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021

Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021

Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, salah satu item yang dinilai di dalam pbppp adalah keberhasilan. Keberhasilan ini merujuk kepada sasaran yang mahu dicapai oleh pegawai yang dinilai pada tahun tersebut.

Jika pegawai tersebut dapat mencapai hampir semua sasaran yang ditetapkan ataupun melebihi sasaran, dalam markah pbppp, pegawai tersebut layak mendapat markah penuh iaitu 4.

Bilangan sasaran ataupun minimun sasaran yang ditetapkan adalah berbeza mengikut pentadbiran sekolah dan pejabat pendidikan daerah. Ada sekolah yang menetapkan melebihi 30 sasaran dan ada sekolah yang menetapkan secukup maksimun 12-20 sasaran.

Borang keberhasilan ini yang terdahulu dibincangkan sebanyak 3 kali iaitu pada permulaan, pertengahan dan hujung tahun. Pada pertengahan tahun, keberhasilan ini akan dinilai dan diberikan markah sama ada sudah terdapat sasaran yang dicapai ataupun ada sasaran yang perlu ditambah atau digugurkan. Jika sasaran tidak dicapai, terdapat borang untuk memberi penjelasan kenapa sasaran belum tercapai di pertengahan tahun.

Perkongsian kali melibatkan contoh-contoh sasaran keberhasilan yang disediakan mengikut jawapan dan skop tugas pegawai perkhidmatan pendidikan PPP. Perkongsian ini mengandungi contoh bagi 41 jawatan di perkhidmatan pendidikan.

Antara jawatan yang terdapat ialah seperti pengetua/Gb, Penolong kanan, perkhidmatan pendidikan dalam hospital, pusat perkhidmatan pendidikan khas, jawatan di sekolah sukan seperti jurulatih, nazir sekolah, jawatan di bahagian teknologi pendidikan, jawatan di Institut Aminudin Baki, penolong pengarah JPN,  jawatan di ppd, jawatan di matrikulasi dan jawatan di IPG.

Bagi tahun 2021, KPM mengeluarkan panduan untuk menulis keberhasilan PBPPP. Terdapat 4 peringkat penetapan iaitu yang pertama, PYD mesti menetapkan sasaran keberhasilan sesuai dengan skop tugas dan tempat tugas merujuk kepada senarai tugas serta selaras dengan matlamat organisasi.

Yang kedua, bilangan tugas dan sasaran keberhasilan serta nilai ukuran hendaklah sesuai mengikut kemampuan dan kebolehcapaian. Yang ketiga, pernyataan sasaran keberhasilan iaitu hasil kerja utama PYD yang boleh diukur dan memberi impak kepada klien. Yang keempat, penulisan penyataan sasaran keberhasilan tidak melibatkan kerja rutin yang berbentuk proses tanpa ada keberhasilan.

Kaedah penulisan sasaran pula perlu mengandungi 4 elemen. Iaitu penggunaan kata kerja, pernyataan ukuran, tujuan sasaran dan peringkat sasaran.

  1. Penggunaan kata kerja yang bersifat perbuatan atau amalan seperti memastikan, mencapai, melaksanakan, mengemaskini, mengurangkan. mengurus, merancang dan seumpama dengannya.
  2. Pernyataan ukuran pula adalah nilai yang digunakan untuk mengukur sasaran keberhasilan. Pernyataan ukuran mestilah mengandungi kuantiti, kualiti, kos dan masa.
  3. Tujuan sasaran keberhasilan adalah bagi memperlihatkan hasrat, matlamat, penerangan, terhadap hasil kerja.
  4. Peringkat sasaran pula merupakan tahap atau peringkat penglibatan yang akan dicapai.

Contohnya adalah Memastikan 10 orang murid mewakili sekolah dalam aktiviti kokurikulum ke peringkat daerah.

Berikut merupakan penetapan terkini keberhasilan PBPPP bermula 2021.

Berikut merupakan borang terkini keberhasilan bagi tahun 2021 dan bahan berkaitan.

Contoh Borang Keberhasilan 2021 Guru Penolong Akademik Biasa

Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan untuk 41 jawatan Perkhidmatan Pendidikan

Borang terkini gambar seperti di bawah

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021

Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021 Reviewed by Unknown on 12:16 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.