Top Ad unit 728 × 90

Sistem eRAS 2.0

Sistem eRAS 2.0 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

Sistem eRAS 2.0. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mohon perhatian khususnya kepada para pengkaji atau penyelidik, MULAI 1 MAC 2018, permohonan untuk menjalankan sebarang kajian atau penyelidikan di mana-mana bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia HANYA BOLEH dilakukan secara dalam talian (online) melalui sistem eRAS 2.0. Apakah sistem eRAS 2.0?

Sistem eRAS 2.0 merupakan akronim kepada Educational Research Application System Versi 2.0. Sistem ini merupakan sistem baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang berperanan MENERIMA dan MENGELUARKAN SURAT KEPUTUSAN PERMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN di mana-mana bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia merujuk kepada institusi di bawah kelolaan KPM seperti :

  1. SEKOLAH
  2. INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
  3. KOLEJ VOKASIONAL (KV)
  4. KOLEJ MATRIKULASI (KM)
  5. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)
  6. JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian melibatkan sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian. Sistem ini boleh dicapai melalui URL https://eras.moe.gov.my/

Walau bagaimanapun, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM masih menerima permohonan melalui borang BPPDP 1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018.

Mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian hanya boleh dibuat melalui sistem eRAS 2.0 sahaja. Permohonan melalui borang BPPDP 1.2 TIDAK AKAN DITERIMA LAGI.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pentadbir eRAS 2.0 melalui 03-8884 6591 / admineras2.0@moe.gov.my

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan para pengkaji atau penyelidik yang ingin melaksanakan sebarang bentuk kajian atau penyelidikan terhadap mana-mana bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia sedia maklum berkaitan Sistem eRAS 2.0 ini.

SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sistem eRAS 2.0
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Sistem eRAS 2.0

Sistem eRAS 2.0 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Sistem eRAS 2.0 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Sistem eRAS 2.0 Reviewed by Unknown on 5:31 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.