Top Ad unit 728 × 90

Skuad tenis jadikan pengalaman sandaran buru pingat di Sukan SEA

Skuad tenis jadikan pengalaman sandaran buru pingat di Sukan SEA - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Skuad tenis jadikan pengalaman sandaran buru pingat di Sukan SEA

SINGAPURA: Trio berpengalaman negara menjadi sandaran utama Malaysia untuk meraih sekurang-kurangnya tiga pingat gangsa dalam acara tenis pada Sukan SEA 2015 yang bermula Sabtu ini di Pusat Tenis Kallang, Singapura.

Tiga pemain berkenaan ialah perseorangan wanita, Jawairiah Noordin serta Syed Mohamad Agil Syed Naguib dan Mohd Assri Merzuki yang masing-masing beraksi dalam perseorangan dan beregu lelaki.

Pengurus pasukan, Si Yew Meng, yang juga bekas pemain kebangsaan yakin tiga pemain berkenaan mampu menghadirkan keputusan positif pada edisi ke-28 temasya sukan tersebut walaupun ada di antara mereka bakal membuat penampilan sulung.

"Sudah lama kita tidak menghantar skuad penuh pada temasya Sukan SEA. Kita ada skuad yang bagus pada kali ini dan sasaran pingat adalah dalam acara beregu dan berpasukan lelaki serta acara campuran," kata Yew Meng.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas upacara menaikkan bendera Malaysia di Stadium Roar yang terletak berhampiran Stadium Nasional Singapura, Kallang, hari ini.

Yew Meng berkata sasaran tiga gangsa berkenaan tidak bermakna mereka akan beraksi sambil lewa sambil memberi jaminan skuad negara akan menampilkan aksi menarik pada edisi ke-28 temasya sukan berkenaan.

Beliau menjangkakan skuad negara bakal berdepan saingan sengit daripada beberapa negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam namun yakin dengan kemampuan barisan pemain negara untuk melakar kejayaan.

Dalam pada itu, Mohd Assri mengintai keputusan positif untuk sekurang-kurangnya meraih pingat gangsa dalam tiga acara yang disertai iaitu beregu, beregu campuran dan berpasukan lelaki.

"Saya sekadar meraih gangsa buat permulaan kerana saya tidak mengetahui lawan sebelum undian akan dilakukan Jumaat ini. Peluang cerah mungkin dalam acara berpasukan lelaki namun bergantung juga kepada keputusan undian," kata pemain berusia 20 tahun itu.

Berkongsi pandangan sama adalah Syed Mohamad Agil yang menyandarkan pada pengalaman beraksi dalam kejohanan jemputan di Pusat Tenis Kallang pada 2010 sebagai medan untuk mencipta kejutan pada penampilan kali ini.

Selain tiga pemain berkenaan, Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) turut menghantar Muhammad Ashaari Zainal Abidin dan Ariez Elyaas Deen Heshaam dalam kategori lelaki dan Aslina Chua An Ping, S Theiviya dan Yus Syazlin Nabila Yusri dalam kategori wanita.

Pencapaian pingat emas menerusi gandingan Radhika Menon dan Lim Kheow Suen dalam beregu wanita pada Sukan SEA 1973 (Sukan SEAP) masih kekal sebagai pencapaian terbaik skuad tenis negara pada temasya sukan dwitahunan itu. - Bernama


Pautan berita penuh dan bergambar di di Skuad tenis jadikan pengalaman sandaran buru pingat di Sukan SEA. Wardah Berita dan Informasi Skuad tenis jadikan pengalaman sandaran buru pingat di Sukan SEA diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Skuad tenis jadikan pengalaman sandaran buru pingat di Sukan SEA Reviewed by Bellicose on 7:04 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.