Top Ad unit 728 × 90

Sukan SEA: Harith bimbang nama tercicir acara kegemaran

Sukan SEA: Harith bimbang nama tercicir acara kegemaran - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Sukan SEA: Harith bimbang nama tercicir acara kegemaran

SINGAPURA: Pemenang pingat perak acara olahraga 200 meter (m) lelaki Sukan SEA 2013 Myanmar, Harith Ammar Mohd Sobri meluahkan kerisauan apabila namanya tidak disenarai dalam acara tersebut sebaliknya hanya didaftar untuk acara 4x100m lelaki di temasya Sukan SEA Singapura.

Pada dua tahun lalu, atlet berasal dari Terengganu itu meraih pingat perak dengan catatan masa 21.46 saat (s).

Pelari pecut berusia 20 tahun itu berkata namanya tidak didaftar untuk acara 200m lelaki sebaliknya untuk acara 4x100m lelaki.

"Saya tidak faham kenapa didaftar untuk acara 4x100m, mungkin disebabkan kesilapan teknikal namun saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini.

""Diharapkan nasib akan menyebelahi saya apabila Ketua Kontinjen Negara, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria membangkit perkara tersebut pada mesyuarat ketua kontinjen negara dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Harith Ammar berkata sekiranya rayuan gagal, beliau tetap optimis untuk menyempurnakan misi memburu pingat emas bersama rakan sepasukan bagi acara 4x100m iaitu Badrul Hisyam Abdul Manap, Dinesh Krishnan dan Eddie Edward Junior pada 12 Jun ini.

Katanya, catatan masa peribadi terbaik yang pernah dicatat dalam acara 100m lelaki ialah 10.50s ketika Kejohanan Olahraga Terbuka Perak yang berlangsung di Ipoh pada 23 dan 24 Mei lepas.

"Sekiranya dapat bertanding dalam acara 200m, saya berazam untuk membaiki catatan masa peribadi terbaik kepada 20.13s," katanya.

Harith Ammar berkata beliau menjangkakan saingan hebat bagi acara olahraga di Sukan SEA sudah pasti datang daripada atlet negara Thailand dan Singapura.

"Saya juga perlu berhati-hati dengan atlet Indonesia. Walaupun mereka bukan kuasa besar dalam sukan olahraga apabila dilihat semakin menyerlah dalam beberapa kejohanan peringkat Asia Tenggara sejak kebelakangan ini," katanya.

Acara olahraga akan membuka tirainya pada 6 Jun ini di Stadium Nasional, Singapura. - Bernama


Pautan berita penuh dan bergambar di di Sukan SEA: Harith bimbang nama tercicir acara kegemaran. Wardah Berita dan Informasi Sukan SEA: Harith bimbang nama tercicir acara kegemaran diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Sukan SEA: Harith bimbang nama tercicir acara kegemaran Reviewed by Bellicose on 3:37 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.