Top Ad unit 728 × 90

Produk halal Malaysia dipasarkan rangkaian pasar raya China

Produk halal Malaysia dipasarkan rangkaian pasar raya China - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Produk halal Malaysia dipasarkan rangkaian pasar raya China

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) menjangka sambutan memberangsangkan terhadap produk halal Malaysia di China menerusi kerjasama dengan dua pasar raya di negara itu.

PPIPBM akan mengeksport barangan halal buatan Malaysia menerusi Beijing Hualian Group Supermarket dan Lianhua Group yang masing-masing mempunyai 106 dan 6,000 pasar raya di seluruh China.

Bendahari Agung PPIPBM, Ramlan Abdul Majid, berkata melalui perjanjian yang ditandatangani bulan lepas, barangan keluaran tempatan akan dipamerkan di rangkaian pasar raya itu di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam.

"Sebagai contoh, Xining yang terletak di daerah Qinghai mempunyai tiga rangkaian pasar raya Beijing Hualian Group, dua juta penduduk Islam dan bandar keempat yang mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi," katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan Dewan Perniagaan Qinghai China dan Dewan Perniagaan Cina Muslim Malaysia di sini, hari ini.

Hampir 40 peratus daripada 1,500 ahli PPIPBM adalah berstatus sedia-eksport dan telah memasuki pasaran Asia Barat.

Ramlan berkata, barangan yang akan dijual rangkaian pasar raya itu adalah berasaskan makanan dan minuman.

"Proses membawa masuk barangan Malaysia mungkin mengambil masa sehingga dua bulan dan menerusi program promosi terdahulu, kita telah membawa masuk hampir 26 syarikat ke dalam pasaran negara itu. Oleh itu kali ini kita menyasarkan 26 syarikat itu sebagai jumlah minimum," katanya.

Eksport barangan halal Malaysia ke China pada 2014 bernilai AS$1.7 bilion membabitkan makanan diproses, bahan halal serta produk berasaskan kelapa sawit.

Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, jumlah perdagangan Malaysia-China merosot kepada AS$13.67 bilion berbanding AS$14.74 bilion tahun lepas.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Perniagaan Qinghai, Zhao Heng Lun, berkata sebuah pusat pameran untuk barangan buatan China akan dibuka di Malaysia sebagai usaha memperkenalkan barangan halal dari daerah Qinghai kepada rakyat Malaysia.

Sebanyak 1,000 barangan akan dipamerkan di pusat pameran itu.

"Bagaimanapun, kami masih di peringkat perbincangan dan mana kami akan memutuskan lokasi dan tempoh untuk melaksanakan rancangan berkenaan." katanya.

Menurut Zhao, pertumbuhan ekonomi China yang lebih perlahan pada Januari hingga Mac turut mendorong syarikat kecil dan sederhana negara tersebut untuk mencari peluang perniagaan di luar negara.

"Pertumbuhan lebih rendah tujuh peratus yang dicatat pada suku pertama menunjukkan kami perlu lebih agresif meneroka pasaran di seberang laut di samping bekerjasama dengan syarikat asing, termasuk di Malaysia untuk mengembangkan perniagaan," katanya.

- BERNAMA


Pautan berita penuh dan bergambar di di Produk halal Malaysia dipasarkan rangkaian pasar raya China. Wardah Berita dan Informasi Produk halal Malaysia dipasarkan rangkaian pasar raya China diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Produk halal Malaysia dipasarkan rangkaian pasar raya China Reviewed by Bellicose on 3:49 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.