Top Ad unit 728 × 90

Bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Kota Tinggi

Bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Kota Tinggi - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam kerana menangkap ikan di perairan negara ini pada kedudukan 20.3 batu nautika tenggara Tanjung Sedili, dekat Kota Tinggi, dua hari lepas.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud, berkata bot itu dikesan oleh kapal maritim yang melakukan rondaan pada 5.30 petang.

"Setelah melakukan pemeriksaan, didapati bot itu tidak mempunyai sebarang dokumen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amran berkata, bot itu juga didapati membawa muatan kira-kira tiga metrik tan ikan yang dipercayai ditangkap di kawasan perairan negara dengan menggunakan pukat tunda.

Katanya, berikutan itu, 21 kru bot rakyat Vietnam berusia 21 hingga 49 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) dan 16(3) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia.

- BERNAMA


Pautan berita penuh dan bergambar di di Bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Kota Tinggi. Wardah Berita dan Informasi Bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Kota Tinggi diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Kota Tinggi Reviewed by Bellicose on 3:37 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.