Top Ad unit 728 × 90

Sistem bas elektrik atasi kesesakan di Lembah Klang - PM

Sistem bas elektrik atasi kesesakan di Lembah Klang - PM - Peristiwa Penting, Maklumat, #Berita dan Ilmu. Informasi Semasa dan Terkini dengan pautan penuh Portal Berita Harian Online. Medium Perkongsian Bestari Wardah Berita dan Informasi. Muat Turun atau Baca berita sepenuhnya di Sistem bas elektrik atasi kesesakan di Lembah Klang - PM

Sistem bas elektrik atasi kesesakan di Lembah Klang - PM

mizar@bh.com.my

PERDANA Menteri menandatangani plak pelancaran Sistem BRT-Sunway Line sambil diperhatikan Ismail (dua kiri) dan Jeffrey Cheah (dua kanan). - Foto Sairien Nafis
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi melancarkan Sistem Bas Rapid Transit Sunway Line (BRT-Sunway Line), sistem pengangkutan elektrik yang pertama di negara ini bagi mengurangkan kesesakan trafik di Lembah Klang.
Perdana Menteri berkata, projek kerjasama awam swasta (PPP) antara Prasarana Malaysia Bhd dan Sunway Bhd itu turut direkodkan di dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Katanya, projek berkenaan yang siap tiga minggu awal dari masa disasarkan juga bakal menyaksikan pengurangan pelepasan karbon apabila orang ramai mula menggunakan perkhidmatan itu.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menaiki Bas Rapid Transit (BRT) di Majlis Pelancaran Sistem Bas Rapid Transit (BRT) di Bandar Sunway. - Foto Sairien Nafis
"Pelaksanaan projek itu menunjukkan komitmen kerajaan dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang berkesan serta mudah digunakan rakyat," katanya berucap merasmikan Sistem Bas Rapid Transit (BRT) Pertama Di Malaysia, BRT-Laluan Sunway di sini, petang tadi.
Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd, Tan Sri Ismail Adam dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.
Sistem BRT- Laluan Sunway yang merangkumi laluan bertingkat sejauh 5.4 kilometer itu menempatkan tujuh buah stesen dari Sunway-Setia Jaya hingga USJ7 dekat sini.
Kos pembinaan infrastruktur dan sistem pengangkutan awam itu membabitkan sejumlah RM634 juta.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM23 bilion bagi pembinaan jajaran Transit Aliran Massa (MRT) menghubungkan Sungai Buloh-Putrajaya dan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) ketiga menghubungkan Bandar Utara-Shah Alam-Klang.
"Kita memilih NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Pengangkutan Awam kerana tidak berjaya mewujudkan sistem pengangkutan bersepadu dan berintegrasi sepenuhnya.
"Justeru, kita mewujudkan Prasarana dan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) supaya dapat menyelaraskan pengangkutan awam," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut mencuba perkhidmatan BRT selain diberi penghormatan mengumumkan kadar percuma bagi perkhidmatan berkenaan untuk tempoh dua bulan bermula esok.
Sebanyak 15 bas disediakan bagi perkhidmatan itu dengan kapasiti 67 penumpang bagi setiap bas yang akan bergerak dengan kelajuan 80 kilometer sejam.
Sementara itu, jurucakap Prasarana berkata, dalam tempoh dua bulan hingga 1 Ogos ini juga, pengguna ditawarkan kadar parkir promosi RM4 sehari di Kompleks Park n Ride BRT.

PETA laluan Bas Rapid Transit Sunway Line (BRT-Sunway Line).

Wardah Berita dan Informasi Sistem bas elektrik atasi kesesakan di Lembah Klang - PM diterbitkan oleh Media Prima Berhad pertama kalinya di laman Berita Harian Online.
Sistem bas elektrik atasi kesesakan di Lembah Klang - PM Reviewed by Bellicose on 8:49 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.