Top Ad unit 728 × 90

14,000 kakitangan MAS dapat tawaran sertai MAB

14,000 kakitangan MAS dapat tawaran sertai MAB - Peristiwa Penting, Maklumat, #Berita dan Ilmu. Informasi Semasa dan Terkini dengan pautan penuh Portal Berita Harian Online. Medium Perkongsian Bestari Wardah Berita dan Informasi. Muat Turun atau Baca berita sepenuhnya di 14,000 kakitangan MAS dapat tawaran sertai MAB

14,000 kakitangan MAS dapat tawaran sertai MAB

SEPANG: Penerbangan Malaysia (Malaysian Airline System Bhd - MAS) menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya bermula hari ini, disusuli surat tawaran kepada 14,000 kakitangan untuk menyertai entiti baharu Malaysian Airlines Bhd (MAB).
MAB ialah entiti baharu yang ditubuhkan pemilik MAS iaitu Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih kontrak, aset dan liabiliti syarikat penerbangan nasional itu dalam usaha untuk memulihkannya bagi meraih semula keuntungan.
Bakal Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Christoph Mueller, dalam satu taklimat hari ini berkata 14,000 pekerja yang menerima surat tawaran akan diberikan masa 12 hari untuk memutuskannya manakala pekerja yang memutus untuk menyertai MAB akan mula bekerja dengan entiti baharu itu bermula 1 September.
Menyifatkan proses penyusunan semula MAS itu sebagai "pemulihan semula yang sukar', beliau berkata model perniagaan MAB akan sebahagian besarnya komersial dengan harapan syarikat penerbangan itu akan bangkit semula menjelang 2017.
Penyusunan semula kapasiti termasuk penamatan perkhidmatan kakitangan, adalah sebahagian daripada pelan pemulihan 12 perkara MAS yang diumumkan Khazanah dalam usaha untuk mengekang kos.
Mueller yang kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAS, berkata berdasarkan unjuran semasa MAB akan pulang modal menjelang 2018.
Katanya, antara faktor yang akan memberi kesan kepada rancangan pemulihan MAS termasuk turun naik ringgit berbanding dolar AS sejak enam bulan lalu dan ketidaktentuan harga bahan bakar sejak setahun lalu.
Syarikat penerbangan baharu akan dibahagikan kepada tiga jabatan iaitu operasi, fungsi sokongan serta pembangunan dan pembelajaran dengan keseluruhan sebanyak 12 anak syarikat.
Mueller berkata, secara keseluruhannya MAB akan melaksanakan pelbagai program perniagaan yang rumit bagi menstruktur semula syarikat penerbangan negara itu, dengan ditunjangi oleh tiga teras utama.
Beliau berkata, teras paling penting ialah kos, kerana ia tidak berdaya saing dan 20 peratus terlalu tinggi daripada sewajarnya. Ia mempengaruhi proses pemerolehan kerana syarikat mempunyai 20,000 pembekal yang sepatutnya hanya berjumlah 2,000 hingga 2,500.

Wardah Berita dan Informasi 14,000 kakitangan MAS dapat tawaran sertai MAB diterbitkan oleh Media Prima Berhad pertama kalinya di laman Berita Harian Online.
14,000 kakitangan MAS dapat tawaran sertai MAB Reviewed by Bellicose on 9:03 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.