Top Ad unit 728 × 90

Jurunilai ASEAN boleh buka peluang ekonomi - Mukhriz

Jurunilai ASEAN boleh buka peluang ekonomi - Mukhriz - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Jurunilai ASEAN boleh buka peluang ekonomi - Mukhriz

LANGKAWI: Persatuan Jurunilai ASEAN (AVA) boleh mempromosikan profesion mereka sebagai cara untuk membuka lebih banyak peluang ekonomi di rantau ini, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, AVA boleh membuka peluang untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran serta menyediakan peluang pekerjaan terutamanya dalam infrastruktur, pembuatan dan pertanian.

Bercakap pada perasmian mesyuarat Prakongres AVA Ke-19 di sini hari ini, beliau berkata pembangunan ekonomi yang pesat memerlukan pembangunan dalam profesion penilaian kerana ekonomi pasaran baru memerlukan pelbagai jenis pembaharuan untuk memastikan integriti, kebebasan dan ketelusan dalam penilaian.

Beliau berkata, ini hanya boleh dicapai jika pengamal menggunakan standard umum yang diiktiraf bersama dan diterima oleh pelabur, negara anggota dan pelanggan antarabangsa.

"AVA boleh mewujudkan platform untuk perangkaian, berkongsi idea dan memudahkan pemahaman tentang pasaran hartanah serantau dan urus niaga rentas sempadan," katanya.

- BERNAMA


Pautan berita penuh dan bergambar di di Jurunilai ASEAN boleh buka peluang ekonomi - Mukhriz. Wardah Berita dan Informasi Jurunilai ASEAN boleh buka peluang ekonomi - Mukhriz diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Jurunilai ASEAN boleh buka peluang ekonomi - Mukhriz Reviewed by Bellicose on 3:49 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.