Top Ad unit 728 × 90

PETRONAS terajui 25 PAC dalam perubahan struktur perniagaan huluan

PETRONAS terajui 25 PAC dalam perubahan struktur perniagaan huluan - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

PETRONAS terajui 25 PAC dalam perubahan struktur perniagaan huluan

KUALA LUMPUR: PETRONAS kini menerajui usaha industri melibatkan 25 kontraktor pengaturan petroleum (PAC) untuk menerima pakai perubahan struktur dalam persekitaran perniagaan huluan minyak dan gas (O&G) di Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri Sidek Hassan, berkata inisiatif itu, iaitu Perikatan Pengurangan Kos (Coral 2.0), bertujuan menyemai minda mementingkan kos dalam kalangan penggiat industri.

"Ia bukan hanya eksesais pengurangan kos. Lebih daripada itu, ia adalah untuk memastikan kecergasan dan kemampanan perniagaan kita," katanya di majlis perasmian Pameran Kejuruteraan Minyak, Gas dan Petrokimia Asia Ke-15, di sini hari ini.

Sidek berkata, walaupun penggiat industri tidak boleh meramal kepastian harga minyak pada masa depan, mereka boleh bersedia mengharungi sebarang turun naik dengan terus berinovasi.

Katanya, harga minyak yang lemah menawarkan peluang kepada penggiat industri untuk bekerjasama rapat secara kreatif mengurangkan struktur kos dan terus berinovasi bagi menjadikannya lebih cekap, selamat dan hijau secara sistematik.

"PETRONAS telah mengumumkan pemotongan 15 peratus perbelanjaan modal dan 25 peratus perbelanjaan operasi. Tetapi apa yang boleh kita capai secara individu, lebih banyak lagi boleh kita capai secara perikatan," katanya.

Mengenai pembangunan O&G global, beliau berkata output industri itu tumbuh pada kadar yang cepat dipacu oleh revolusi syal yang telah mengubah pasaran minyak dan gas Amerika Syarikat.

Beliau berkata, AS kini mengeluarkan kira-kira 9.0 juta tong sehari, pertumbuhan 80 peratus daripada 5.0 juta tong dihasilkan pada 2008.

Permintaan minyak global dijangka bertambah 1.1 juta tong sehari tahun ini.

Sementara itu, pameran tiga hari itu menarik lebih 2,000 pempamer daripada lebih 50 negara, mempamerkan teknologi, kelengkapan dan jentera terkini dalam industri minyak, gas dan petrokimia.

Pameran itu dijangka menarik lebih 23,000 pengunjung.

- BERNAMA


Pautan berita penuh dan bergambar di di PETRONAS terajui 25 PAC dalam perubahan struktur perniagaan huluan. Wardah Berita dan Informasi PETRONAS terajui 25 PAC dalam perubahan struktur perniagaan huluan diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
PETRONAS terajui 25 PAC dalam perubahan struktur perniagaan huluan Reviewed by Bellicose on 3:20 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.