Top Ad unit 728 × 90

Feri China karam: 5 mayat ditemui, 12 diselamatkan

Feri China karam: 5 mayat ditemui, 12 diselamatkan - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Feri China karam: 5 mayat ditemui, 12 diselamatkan

BEIJING: Lima mayat setakat ini sudah ditemui manakala 12 orang diselamatkan dari feri karam yang membawa 450 penumpang di Sungai Yangtze akibat dipukul ribut petir, hari ini.

Pasukan penyelamat berkata, usah mencari dan menyelamat mangsa feri Dongfangzhixing atau "Eastern Star" itu masih diteruskan dengan masih ramai mangsa yang masih terperangkap dalam feri yang berbalik itu.

Stesen televisyen CCTV menunjukkan video feri penumpang yang karam ketika dalam pelayaran dari dari bandar Nanjing ke Chongqing dengan anggota penyelamat berada di bahagian perut kapal yang masih berada di permukaan laut.

"Penyelamat mengetuk-ngetuk feri berkenaan untuk mendapatkan reaksi," kata akhbar Hubei Daily.

"Tiga orang ditemui masih hidup."

Sementara itu sepasukan anggota polis pula menggunakan bot yang lebih kecil untuk mencari mangsa di dalam keadaan hujan lebat, manakala anggota kecemasan mencari mangsa di sepanjang tebing.

CCTV berkata, kapal sepanjang 76.5 meter itu karam kira-kira tiga kilometer di tengah sungai yang terletak Jianli, wilayah Hubei.

Punca feri itu karam setakat ini tidak jelas namun kapten dan ketua juruteranya adalah antara mereka yang diselamatkan.

Kedua-duanya terus dibawa untuk soal siasat polis dan mereka mendakwa ia disebabkan oleh ribut.

Ketika nahas, 458 orang berada di dalam feri apabila ia karam pada jam 9.28 malam waktu tempatan. Mereka termasuk 406 penumpang China, lima pekerja agensi pelancongan dan 47 kru kapal. - AFP


Pautan berita penuh dan bergambar di di Feri China karam: 5 mayat ditemui, 12 diselamatkan. Wardah Berita dan Informasi Feri China karam: 5 mayat ditemui, 12 diselamatkan diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Feri China karam: 5 mayat ditemui, 12 diselamatkan Reviewed by Bellicose on 3:20 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.