Top Ad unit 728 × 90

Kehadiran 'Panda Master' galak perkongsian budaya dengan China - Rosmah

Kehadiran 'Panda Master' galak perkongsian budaya dengan China - Rosmah - Peristiwa Penting, Maklumat, #Berita dan Ilmu. Informasi Semasa dan Terkini dengan pautan penuh Portal Berita Harian Online. Medium Perkongsian Bestari Wardah Berita dan Informasi. Muat Turun atau Baca berita sepenuhnya di Kehadiran 'Panda Master' galak perkongsian budaya dengan China - Rosmah

Kehadiran 'Panda Master' galak perkongsian budaya dengan China - Rosmah

KUALA LUMPUR: Kehadiran seorang pelukis beruang panda tersohor dari China, Liu Jin Chuan, ke negara ini dilihat bukan sahaja menggalakkan perkongsian budaya, malah menzahirkan hubungan baik antara kedua-dua buah negara.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata kehadiran Liu yang terkenal dengan gelaran 'Panda Master' bersempena pameran lukisan Panda Gergasi di Zoo Negara di sini juga ada kaitannya secara langsung dengan pinjaman sepasang beruang panda gergasi 'Xing-Xing' dan 'Liang-Liang' selama 10 tahun oleh kerajaan China kepada Malaysia.
Ketika merasmikan 'Live Painting With China Panda Master' di Zoo Negara di sini hari ini, Rosmah berkata difahamkan 'Panda Master' tidak kerap membuat pameran hasil karyanya dan pameran ini adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
"Impak pameran ini adalah untuk turut menyampaikan mesej keamanan sejagat yang diterjemahkan melalui hasil karya seni lukisan beliau.
"Semoga ia dapat menyentuh hati dan perasaan setiap pengunjung untuk mencintai alam sekitar dan memastikan bumi kita terus terpelihara untuk generasi akan datang," katanya.
Liu, 62, adalah Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Artis Lukisan Tradisional Cina, China, dan sangat terkenal dengan lukisan panda.
Berikutan itu, beliau dianugerahi gelaran 'Panda Master' oleh kerajaan China.
Selain pameran lukisan, Liu juga akan mengadakan demonstrasi lukisan di Zoo Negara selama seminggu sehingga Ahad ini.
Pameran itu menampilkan 60 hasil lukisannya selain dua karya bertajuk 'Blessing in the Jungle' dan 'Joyful Family' berharga RM72,000 setiap satu yang akan dijual kepada peminat seni lukis atau pengunjung untuk menyokong dana 'Giant Panda'.
Sementara itu, Rosmah turut mengingatkan pihak pentadbiran Zoo Negara agar lebih kreatif dan inovatif dalam menganjurkan aktiviti sampingan bagi menarik pengunjung.
Beliau berkata, Zoo Negara kini mampu menarik 800,000 pengunjung setahun, iaitu kira-kira 22,000 pengunjung sehari dan tidak mustahil angka itu akan bertambah sekiranya ada usaha untuk menambah baik kemudahan, menggiatkan promosi serta meningkatkan kekerapan mengadakan pameran.
- BERNAMA

Wardah Berita dan Informasi Kehadiran 'Panda Master' galak perkongsian budaya dengan China - Rosmah diterbitkan oleh Media Prima Berhad pertama kalinya di laman Berita Harian Online.
Kehadiran 'Panda Master' galak perkongsian budaya dengan China - Rosmah Reviewed by Bellicose on 5:21 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.