Top Ad unit 728 × 90

Saham KL ditutup rendah kerana pengambilan untung

Saham KL ditutup rendah kerana pengambilan untung - Peristiwa Penting, Maklumat, #Berita dan Ilmu. Informasi Semasa dan Terkini dengan pautan penuh Portal Berita Harian Online. Medium Perkongsian Bestari Wardah Berita dan Informasi. Muat Turun atau Baca berita sepenuhnya di Saham KL ditutup rendah kerana pengambilan untung

Saham KL ditutup rendah kerana pengambilan untung

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia hari ini ditutup rendah disebabkan pengambilan untung berterusan terhadap kaunter berwajaran tinggi terpilih dengan bursa serantau mencatatkan prestasi bercampur-campur, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, penanda aras pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.11 mata kepada 1,743.41 selepas bergerak antara 1,732.27 dan 1,752.08 sepanjang hari.

Kaunter rugi mengatasi untung iaitu 436 berbanding 378 manakala 287 kaunter tidak berubah, 714 tidak diniagakan dan 21 lagi digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.61 bilion unit bernilai RM1.81 bilion daripada 2.23 bilion unit bernilai RM3.69 bilion yang dicatat pada Jumaat.

British American Tobacco dan Telekom Malaysia adalah dua kaunter paling rugi dengan masing-masing jatuh RM1.10 dan 29 sen kepada RM60.90 dan RM6.99.

Seorang peniaga berkata prestasi pasaran serantau bercampur-campur disebabkan data perkilangan China yang lemah selain kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat meningkat.

Kelembapan data perkilangan China memberi petunjuk akan kemungkinan langkah rangsangan baharu di China, kata peniaga.

Bagi kaunter berwajaran tinggi, Maybank naik 8.0 sen kepada RM9.11, TNB dan Public Bank masing-masing meningkat 4.0 sen kepada RM13.40 dan RM18.54, manakala Axiata susut 11 sen kepada RM6.47.

Dalam kalangan kaunter cergas, Frontken dan K-One masing-masing jatuh dua sen kepada 27.5 sen dan 32.5 sen, manakala Hubline susut setengah sen to 1.5 sen dan Xinghe kekal pada tujuh sen.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas merosot 14.35 mata kepada 12,083.02, Indeks FBMT100 turun 15.96 mata kepada 11,768.15, Indeks FBM Emas Syariah jatuh 21.43 mata kepada 12,555.02 dan FBM Ace susut 8.17 mata pada 6,540.42. FBM 70 bagaimanapun menokok 26.68 mata kepada 13,305.56.

Indeks Kewangan naik 1.69 mata kepada 15,597.36, Indeks Perusahaan turun 3.72 mata kepada 3,179.90 dan Indeks Perladangan menokok 27.97 mata kepada 7,296.20.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 919.39 juta saham bernilai RM1.63 bilion daripada 1.41 bilion saham bernilai RM3.48 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 536.67 juta unit bernilai RM135.06 juta daripada 648.28 juta saham bernilai RM163.54 juta yang dicatat sebelum ini.

Waran turun kepada 152.15 juta saham bernilai RM43.33 juta daripada 165.46 juta saham bernilai RM47.45 juta sebelum ini.

Produk pengguna merangkumi 57.49 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan (150.07 juta), pembinaan (34.93 juta), perdagangan dan perkhidmatan (426.53 juta), teknologi (77.15 juta), prasarana (21.07 juta), SPAC (17.04 juta), kewangan (43 juta), hotel (1.01 juta), hartanah (70.42 juta), perladangan (14.62 juta), perlombongan (sifar), REITs (6.06 juta), dan tertutup/dana (7,000). - BERNAMA


Wardah Berita dan Informasi Saham KL ditutup rendah kerana pengambilan untung diterbitkan oleh Media Prima Berhad pertama kalinya di laman Berita Harian Online.
Saham KL ditutup rendah kerana pengambilan untung Reviewed by Bellicose on 6:04 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.