Top Ad unit 728 × 90

500 pendatang dikesan di Danok cuba masuk ke Malaysia

500 pendatang dikesan di Danok cuba masuk ke Malaysia - Peristiwa Penting, Maklumat, #Berita dan Ilmu. Informasi Semasa dan Terkini dengan pautan penuh Portal Berita Harian Online. Medium Perkongsian Bestari Wardah Berita dan Informasi. Muat Turun atau Baca berita sepenuhnya di 500 pendatang dikesan di Danok cuba masuk ke Malaysia

500 pendatang dikesan di Danok cuba masuk ke Malaysia

KUBANG PASU: Kira-kira 500 lagi pendatang tanpa izin dipercayai pelarian Rohingya berada di Danok, Thailand dan dikesan cuba memasuki negara ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah, berkata hasil maklumat risikan awal yang dilakukan Polis Kubang Pasu, semua pelarian terbabit cuba menggunakan laluan Bukit Kayu Hitam untuk masuk ke negara ini.

Ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan IPD Kubang Pasu di sini hari ini, beliau berkata polis diarahkan supaya meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan dengan Pasukan Gerakan Am, Unit Pencegah Penyeludupan dan Balai Polis Bukit Kayu Hitam melakukan rondaan serta memantau kawasan sempadan.

"Setakat ini Kubang Pasu tiada apa-apa lagi, ini semua menjurus di Padang Besar. Selepas penemuan mayat dan kubur di kem Wang Kelian, tidak ada apa-apa kemasukan lagi. Belum ada kemasukan dari Danok ke Bukit Kayu Hitam, mereka pun mungkin tidak berani lagi," katanya.

Mengulas isu pembabitan polis dalam kes pemerdagangan manusia, Abd Rahim berkata polis tidak akan berkompromi dengan anggota yang cuba membawa masuk pendatang tanpa izin ke negara ini.

- BERNAMA


Wardah Berita dan Informasi 500 pendatang dikesan di Danok cuba masuk ke Malaysia diterbitkan oleh Media Prima Berhad pertama kalinya di laman Berita Harian Online.
500 pendatang dikesan di Danok cuba masuk ke Malaysia Reviewed by Bellicose on 5:21 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.