Top Ad unit 728 × 90

Suruhanjaya Sekuriti saman 3 individu

Suruhanjaya Sekuriti saman 3 individu - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Suruhanjaya Sekuriti saman 3 individu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memfailkan saman ke atas tiga individu - Chan Soon Huat, Goh Ching Liong dan Leong Ah Chai - atas dagangan orang dalam bagi saham WCT Bhd.

SC memfailkan tindakan itu ke atas Goh dan Leong pada 26 Mei, 2015 manakala saman ke atas Chan difailkan pada 27 Mei, 2015.

Dalam satu kenyataan hari ini, SC mendakwa Chan melanggar Seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana melupuskan 2.41 juta saham dan 1.24 juta waran dalam WCT antara 30 Disember, 2008 dan 5 Januari 2009, ketika memiliki maklumat bukan awam yang penting.

"Chan didakwa melupuskan saham dan waran WCT menerusi akaunnya sendiri selain akaun anak perempuannya, Chan Choon Chew serta menantunya Leong Weng Wah," menurut suruhanjaya itu.

SC juga mendakwa Leong melanggar Seksyen 188(2) CMSA, kerana melupuskan 1.64 juta unit saham WCT antara 2 Januari dan 5 Januari, 2009 ketika memiliki maklumat bukan awam yang penting.

Goh yang juga Timbalan Pengarah Urusan WCT didakwa melanggar Seksyen 188(3) CMSA kerana menyampaikan maklumat bukan awam yang penting itu kepada Leong yang kemudiannya melupuskan saham-saham berkenaan.

SC menuntut daripada defendan itu sebanyak tiga kali keuntungan yang diperoleh daripada tindakan dagangan orang dalam itu.

SC juga menuntut penalti sivil sebanyak RM1 juta daripada setiap tiga defendan berkenaan, dan mereka dihalang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai.

- BERNAMA


Pautan berita penuh dan bergambar di di Suruhanjaya Sekuriti saman 3 individu. Wardah Berita dan Informasi Suruhanjaya Sekuriti saman 3 individu diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Suruhanjaya Sekuriti saman 3 individu Reviewed by Bellicose on 11:49 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.