Top Ad unit 728 × 90

Pele sokong Blatter

Pele sokong Blatter - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Pele sokong Blatter

HAVANA, Cuba: Legenda bola sepak Brazil, Pele menyokong perlantikan semula Sepp Blatter selaku Presiden FIFA sekalipun badan induk itu ketika ini terjerumus dalam skandal memalukan.

Katanya, Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) memerlukan seorang ketua yang 'pakar'.

"Saya memihak kepadanya," kata Pele kepada wartawan di Lapangan Terbang Havana menjelang pertembungan skuad kebangsaan Cuba menentang bekas kelabnya, New York Cosmos.

"Kita memerlukan seseorang yang pakar."

Pele yang mencipta rekod satu-satunya pemain yang menjulang tiga Piala Dunia menamatkan kerjaya bola sepaknya pada 1970 bersama Cosmos yang akan bermain menentang Cuba, esok.

Ia perlawanan pertunjukan sebagai simbolik hubungan di antara Amerika Syarikat dan bekas musuh Perang Dingin sudah semakin pulih.

Ini kali pertama Pele, 74, ke Cuba yang sebelum ini dilanda beberapa siri masalah kesihatan.

Ketika tampil di sidang media di Havana, semalam, wartawan gagal menyoal mengenai skandal yang melanda FIFA.

Blatter yang memegang jawatan Presiden FIFA sejak 1998 mengekalkan kerusi panasnya minggu lalu untuk tempoh empat tahun lagi.

Undian itu berlangsung dua hari sebelum pegawai Amerika Syarikat mendedahkan 14 individu termasuk sembilan eksekutif FIFA dan empat bekas eksekutifnya didakwa terbabit dengan skandal penipuan, pengubahan wang haram dan rasual.

Pele sebelum ini terkenal dengan sokongannya terhadap Blatter dengan berkata supremo bola sepak itu sudah membantu membangunkan sukan popular itu di Asia dan Afrika sepanjang 17 tahun selaku Presiden dan berhak untuk dilantik semula. - AFP


Pautan berita penuh dan bergambar di di Pele sokong Blatter. Wardah Berita dan Informasi Pele sokong Blatter diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Pele sokong Blatter Reviewed by Bellicose on 12:51 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.