Top Ad unit 728 × 90

Agong kurnia watikah pelantikan 4 perwakilan negara

Agong kurnia watikah pelantikan 4 perwakilan negara - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Agong kurnia watikah pelantikan 4 perwakilan negara


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada bakal Duta Besar Malaysia ke Itali Datuk Abdul Samad Othman pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat ketua perwakilan Malaysia ke luar negara di Istana Negara di sini.

Mereka ialah Datuk Abdul Samad Othman yang akan menjadi Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Ahmad Nazri Yusof (Belanda), Zainol Rahim Zainuddin (Arab Saudi) dan Mohammad Azhar Mazlan (Mexico).

Abdul Samad yang berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1983 pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Yemen pada 2007 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Afrika pada 2011 dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Asia Barat (2015).

Ahmad Nazri pula pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Protokol, Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Negeri sejak 2013.

Zainol Rahim sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya (2009) sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Strategik, Kementerian Luar pada 2011 dan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan (JPDP) pada 2015.

Mohammad Azhar pula pernah memegang jawatan sebagai Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Filipina pada 2009 sebelum bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Dasar dan Strategik pada 2012 dan Timbalan Ketua Pengarah, Penyelidikan dan Penerbitan, Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) pada 2014.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim.

- BERNAMA


Pautan berita penuh dan bergambar di di Agong kurnia watikah pelantikan 4 perwakilan negara. Wardah Berita dan Informasi Agong kurnia watikah pelantikan 4 perwakilan negara diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Agong kurnia watikah pelantikan 4 perwakilan negara Reviewed by Bellicose on 2:19 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.