Top Ad unit 728 × 90

Saham KL tinggi sedikit pada tengah hari

Saham KL tinggi sedikit pada tengah hari - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Saham KL tinggi sedikit pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup tinggi sedikit mengakhiri sesi pagi apabila belian muncul dalam saham wajaran tinggi, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), bagaimanapun turun 0.14 mata kepada 1,743.27, selepas bergerak antara 1,736.57 dan 1,743.77 sepanjang pagi.

Antara kaunter untung utama ialah Kuala Lumpur Kepong dan ECM Libra Financial yang masing-masing naik 66 sen dan 31 sen setiap satu kepada RM21.66 dan RM1.36.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 428 berbanding 252, manakala 271 kaunter tidak berubah, 860 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 918.51 juta saham bernilai RM874.36 juta.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi utama, Maybank naik tiga sen kepada RM9.14, Axiata meningkat satu sen kepada RM6.34 dan TNB susut dua sen kepada RM13.38, manakala Public Bank tidak berubah pada RM18.54.

Dalam kalangan kaunter cergas, Frontken dan Privasia meningkat satu sen setiap satu masing-masing kepada 28.5 sen dan 28.5 sen, KNM Group naik dua sen kepada 56 sen dan Malakoff menokok lapan sen kepada RM1.89.

Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 11.10 mata kepada 12,094.12, FBM Emas Shariah naik 16.02 mata kepada 12,571.04, Indeks FBMT100 menambah 3.60 mata kepada 11,771.75 dan FBM 70 menokok 21.47 mata kepada 13,327.03.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 59.50 mata kepada 7,355.70 dan Indeks Perusahaan menokok 4.42 mata kepada 3,184.32, manakala Indeks Kewangan susut 23.55 mata kepada 15,573.81.

- BERNAMA


Pautan berita penuh dan bergambar di di Saham KL tinggi sedikit pada tengah hari. Wardah Berita dan Informasi Saham KL tinggi sedikit pada tengah hari diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Saham KL tinggi sedikit pada tengah hari Reviewed by Bellicose on 2:19 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.