Top Ad unit 728 × 90

16 syarikat utama tempatan laksana PPV - Mustapa

16 syarikat utama tempatan laksana PPV - Mustapa - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

16 syarikat utama tempatan laksana PPV - Mustapa

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 syarikat utama tempatan melaksanakan Program Pembangunan Vendor (PPV) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) setakat ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, program itu membabitkan penyertaan aktif 2,923 syarikat vendor Bumiputera dengan jumlah nilai kontrak terkumpul sebanyak RM53.2 bilion.

"Program ini adalah antara strategi utama yang dilaksanakan kementeriannya dalam membangunkan syarikat Bumiputera sejajar dengan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 14 September 2013," katanya pada majlis perasmian program GLC SME ExplorAce 2015 di sini sebentar tadi.

Program dua hari itu anjuran MITI dengan kerjasama SME Bank, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan Pharmaniaga Bhd.

Sebanyak 32 organisasi terbabit dalam menjayakan program GLC SME ExplorAce 2015.

Program tahun ini menyediakan platform meneroka peluang perniagaan kepada syarikat vendor di bawah PPV MITI melalui empat komponen utama iaitu aktiviti berbentuk pemadanan, jalinan perniagaan, khidmat nasihat dan perkongsian maklumat melalui sesi "pocket talk" serta sesi panel bersama syarikat vendor yang berjaya.


Pautan berita penuh dan bergambar di di 16 syarikat utama tempatan laksana PPV - Mustapa. Wardah Berita dan Informasi 16 syarikat utama tempatan laksana PPV - Mustapa diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
16 syarikat utama tempatan laksana PPV - Mustapa Reviewed by Bellicose on 2:19 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.