Top Ad unit 728 × 90

Kontraktor parah ditembak dalam kereta

Kontraktor parah ditembak dalam kereta - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Kontraktor parah ditembak dalam kereta

KUANTAN: Seorang kontraktor parah di leher selepas di tembak individu tidak dikenali ketika menunggu rakannya di pekarangan tempat letak kereta sebuah hotel di Indera Mahkota, awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, mangsa, Mohd Isa Ismail,44, dari Chukai, Terengganu, sedang menunggu seorang rakan perempuannya di dalam kereta di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata secara tiba-tiba mangsa didatangi seorang lelaki yang menaiki Proton Persona sebelum melepaskan beberapa das tembakan.

"Mangsa di tembak daripada arah belakang kereta lalu mengenai lehernya sebelum suspek bertindak melarikan diri. Ketika itu tiada individu lain berhampiran lokasi kejadian.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa parah di leher dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Abdul Aziz berkata, pasukan forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan, menemui dua kelongsang peluru.

"Pemeriksaan terhadap kereta yang dinaiki mangsa mendapati terdapat kesan tembakan pada cermin sebelah kanan bahagian penumpang kenderaan itu," katanya.


Pautan berita penuh dan bergambar di di Kontraktor parah ditembak dalam kereta. Wardah Berita dan Informasi Kontraktor parah ditembak dalam kereta diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Kontraktor parah ditembak dalam kereta Reviewed by Bellicose on 2:19 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.