Top Ad unit 728 × 90

Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi Tahun 1 2018

Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi Tahun 1 2018 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi Tahun 1 2018

Antara program pertama yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah di awal tahun adalah program minggu transisi murid tahun 1. Program Transisi bertujuan untuk membantu pelajar baru menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah.

Program ini memastikan semua pelajar tahun 1 yang datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yg berbeza memulakan proses pembelajaran mereka di tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama pelajar dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira. Program ini dijalankan selama 2 minggu dan pelbagai aktiviti secara individu atau kumpulan dijalankan.

Pelajar berpeluang merasai pengalaman baru berada dalam kawasan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif tersedia untuk mereka. Mereka diajar menyanyi pelbagai lagu yang berkaitan dengan sekolah , negeri dan negara. Mereka juga diberi peluang mengambil bahagian dalam acara sukanika yang dirancang untuk mereka.

MENGAPA KITA MENGADAKAN PROGRAM TRANSISI?

Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran  secara formal di Tahun Satu.

APAKAH TUJUAN PROGRAM TRANSISI?

 

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Matlamat Program

Program Transisi  Tahun Satu akan dapat :

  1. Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal.
  2. Menyediakan dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
  3. Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.

Berikut merupakan koleksi kertas kerja dan bahan minggu transisi sekolah 2018.

buku program minggu transisi

kertas kerja minggu transisi

kertas kerja minggu transisi 2018

kertas kerja minggu transisi dan jadual aktiviti

modul transisi murid 2018

modul latihan transisi murid 2018

Berikut pula adalah jadual dan contoh modul program transisi seperti contoh cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan.

Jadual Transisi Tahun 1

Modul Program Transisi Tahun 1

Selamat bertransisi cikgu.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi Tahun 1 2018 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi Tahun 1 2018

Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi Tahun 1 2018 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi Tahun 1 2018 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi Tahun 1 2018 Reviewed by Unknown on 2:05 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.