Top Ad unit 728 × 90

Pelajar Autisme Muhammad Amsyar Anas Ramlee Buat Netizen Terlopong Lihat Lukisan Ultraman

Pelajar Autisme Muhammad Amsyar Anas Ramlee Buat Netizen Terlopong Lihat Lukisan Ultraman medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

Pelajar Autisme buka mata netizen. Semalam sempat juga admin SGO kongsikan di dalam facebook kami mengenai pelajar autisme ini. Memang sangat hebat! Lihat berapa ramai yang komen positif dan share. Semuanya rata-rata kagum dengan lukisan adik ini.

PETALING JAYA: Ibarat mempunyai ‘kuasa’ luar biasa, seorang pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran berjaya ‘menterjemahkan’ salasilah keluarga adiwira Ultraman dari dunia imaginasinya ke dalam sebuah buku latihan.

Muhammad Amsyar Anas Ramlee, 18, membuatkan netizen terlopong seketika apabila mereka melihat lukisan keluarga besar Ultraman yang dilukisnya tular di media sosial.

Rata-rata memuji lukisan tersebut yang dilihat kemas dan dihasilkan dengan cukup teliti.

Hasil karya pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Sungai Petani, Kedah itu telah dimuat naik di Facebook oleh gurunya, Nurul Izani Ainun Ahmad Zani, 30, pagi Isnin, yang turut kagum dengan bakat anak didiknya itu.

Ketika dihubungi mStar Online, Nurul Izani Ainun berkata beliau sudah lama mengesan minat dan bakat pelajar autistiknya itu tetapi tidak menyangka anak didiknya itu mempunyai koleksi lukisan adiwira yang sangat banyak dan bermacam saiz.

“Dari awal tahun saya perasan dia suka melukis tapi tak sangka pula dia ada banyak koleksi.

“Selalunya saya nampak dia lukis adiwira bersaiz besar saja, tapi bila saya ternampak dia lukis yang kecil-kecil tu dan jumlahnya banyak, saya terus minta untuk ambil gambar dan kongsi di Facebook,” katanya.

Menurut guru subjek Literasi Komputer ini, pelajar tingkatan empat berkenaan telah mengumpulkan watak-watak adiwira kegemarannya seperti Ultraman dan Power Rangers yang dilukisanya di dalam buku latihan khas.

“Pertama kali saya nampak lukisan kecil-kecil tu tu, saya terus kata ‘wow banyaknya awak lukis’.

“Saya sedar dia minat melukis bila dia selalu jadi pelajar paling awal masuk kelas saya dan keluar paling lambat semata-mata nak guna komputer buat rujukan gambar adiwira sebelum mula melukis,” katanya.

Sumber berita dari : http://ift.tt/1cU3FTP

Gambar : siakapkeli dan mstar.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook

Pelajar Autisme Muhammad Amsyar Anas Ramlee Buat Netizen Terlopong Lihat Lukisan Ultraman
Encik Mohd Aried Rifke


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Pelajar Autisme Muhammad Amsyar Anas Ramlee Buat Netizen Terlopong Lihat Lukisan Ultraman

Pelajar Autisme Muhammad Amsyar Anas Ramlee Buat Netizen Terlopong Lihat Lukisan Ultraman merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Pelajar Autisme Muhammad Amsyar Anas Ramlee Buat Netizen Terlopong Lihat Lukisan Ultraman atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Pelajar Autisme Muhammad Amsyar Anas Ramlee Buat Netizen Terlopong Lihat Lukisan Ultraman Reviewed by Unknown on 6:36 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.