Top Ad unit 728 × 90

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022

ntara perkara yang sering dinantikan oleh penjawat awam adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2022. Ini bukan apa, supaya memudahkan pegawai merancang pengurusan dan perbelanjaan kewangan keluarga. Maklumlah terdapat banyak komitmen yang perlu diselesaikan setiap bulan.

Tarikh pembayaran gaji telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu setiap 25Hb bagi setiap bulan. Namun, terdapat beberapa situasi di mana tarikh pembayaran gaji tersebut akan diawalkan.

Antara situasinya adalah jika 25hb jatuh pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, ia akan diawalkan pada hari Khamis.

Kenapa ia diawalkan? Ini kerana, tempoh pekerjaan di Malaysia tidak selaras, ada yang bekerja dari Ahad hingga Khamis dan ada yang berkerja dari Isnin hingga khamis. Jadi, syarat gaji perlu diterima pada hari bekerja bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran.

Pembayaran gaji juga akan diawalkan jika tarikh penerimaan gaji jatuh atau berdekatan dengan tarikh cuti perayaan. Jika tarikh perayaan jatuh pada 25hb, maka gaji akan diawalkan kepada tarikh di antara 15hb hingga 20hb. Tujuan tarikh ini diawalkan bagi memudahkan penerima gaji membeli barang-barang keperluan bagi menyambut perayaan.

Diharapkan dengan panduan tarikh pembayaran gaji ini, dapat membantu rakan rakan yang bergelar penjawat awam menguruskan kewangan dan perbelanjaan keluarga dengan berhemah dan berjimat cermat.

Jika diperhatikan pada jadual pembayaran gaji bagi tahun 2022, hanya pada bulan Jun, September, Oktober dan Disember sahaja yang dibayar awal sedikit. Pada bulan lain dibayar tepat pada 25hb setiap bulan.

Bagi melihat tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2022 di bawah,

Tarikh pembayaran gaji ini adalah berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2021. Surat boleh diperolehi di bawah

SPANM_BIL_5_TAHUN_2021_Tarikh_dan_Peraturan_Pembayaran_Emolumen_Tahun_2022

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022 Reviewed by Unknown on 11:14 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.