Top Ad unit 728 × 90

Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 PAK21

Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 PAK21 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 PAK21

Selaras dengan Transformasi Sekolah 2021 atau TS25, pembelajaran dan pemudahcaraan juga harus disesuaikan mengikut keadaan dan masa. Para guru diminta untuk menerapkan dan mengamalkan kaedah serta aktiviti yang berkaitan dengan PAK 21.

Antara kaedah atau aktiviti yang boleh diamalkan sesuai dengan PAK 21 adalah seperti

 Galery Walk ( Lawatan ke geleri )

Murid berjalan / bergerak ke sekeliling bilik / dewan untuk :

  1. a) Melihat
  2. b) Berfikir dan
  3. c) Berbincang dengan rakan-rakan kumpulan berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain yang ditampal

Time capsules (Kapsul Masa)

Guru mengambil hasil kerja / pandangan murid pada awal tahun (contohnya ) dan membuka jawapan tersebut beberapa bulankemudian untuk murid membaca semula apa yang telah mereka tulis.

Chain Line (Rangkaian )

Murid membuat rantai kertas di mana pada setiap kertas ditulis idea / maklumat yang berkaitan dengan topik yang diberi.

Survey (Tinjauan )

Murid membuat tinjauan untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan membuat analisis berkenaan topik / isu.

Shout Out ( laungan )

Murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi sumbangsaran. Idea tersebut dicatat atas kertas atau papan putih.  Aktiviti seterusnya adalah menyusun semula idea-idea tersebut secara sistematik.

Classification ( Klasifikasi)

Menampal kata kunci atau soalan di dinding di beberapa tempat.Murid dikehendaki berdiri d imana-mana tempat yang terdapat soalan yang mereka suka /setuju

What Matters ( Apa yang penting)

Satu teknik menjawab soalan yang diberi-murid bergerak dan melihat serta cuba untuk memahami atau memilih jawapan-jawapan yang sesuai yang ditampal di sekitar mereka.

Personal Learning Experiences (Pengalaman Peribadi)

Murid dikehendaki berkongsi pengalaman peribadi mengenai isu/topik yang dibincangkan

Think – Pair – Share (Fikir-Pasang – Kongsi)

a) murid dikehendaki memikirkan topik / soalan yang diberi secara individu

b) Murid dikehendaki berbincang dengan rakan / pasangan

c) Mereka perlu berkongsi maklumat /hasil perbincangan dengan pasangan lain/kumpulan/kelas

Diamond Ranking ( Susunan Berlian )

9 keping kertas/kad disusun dalam bentuk berlian (1-2-3-2-1). Strategi ini digunakan untuk menunjukkan / menentukan susunan mengikut kepentingan idea/isu / isi pada pandangan murid

Story Books (Buku Cerita)

Penggunaan buku cerita kanak-kanak dalam kelas yang lebih dewasa dapat memberi peluang kepada mereka berbincang dan membuat refleksi.

Party (Pesta)

Mewujudkan suasana “berpesta” dan berbincang tentang topiktopi yang disediakan di atas kad-kad yang ditampal di sekeliling bilik / dewan atau diletakkan di atas meja atau di lantai

Sharing ( Berkongsi)

Kumpulan dibentuk dan disusun mengikut minat atau hasil pembelajaran yang sama

Carousel (Karusel)

a) Soalan ditampal/diletakkan di sekeliling bilik

b) Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke satu soalan yang lain dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak

c) Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan. Murid diminta berbincang atau menulis jawapan mereka dalam kertas

d) Cara yang lain murid duduk dalam kumpulan dan soalan diedarkan mengikut pusingan jam. Setiap kumpulan mesti berbincang dan menjawab semua soalan

Read and highlight (baca dan tanda)

Satu strategi membaca yang berpandu. Murid diberi bahan bacaan dan dikehendaki mengenalpasti dan menanda ayat-ayat/isi penting/utama

Question Builder ( Pembina Soalan)

Guru memberi konsep dan membimbing pelajar supaya mereka membina soalan yang membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang konsep yang telah diberikan

Puzzle it Out (Selesaikan)

Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki berbincang dan menyusun maklumat

Cloze Procedures ( Isikan tempat kosong)

Murid di beri helaian tugasan di mana mereka perlu mendengar dengan teliti dan mengisi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai / tepat.

Berikut merupakan Contoh Lain bagi Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 PAK21

Contoh Aktiviti PAK 21

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 PAK21 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 PAK21

Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 PAK21 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 PAK21 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 PAK21 Reviewed by Unknown on 1:37 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.