Top Ad unit 728 × 90

Pembahagian Harta Menurut Islam – Wasiat, Hibah, Pusaka, Waqaf

Pembahagian Harta Menurut Islam – Wasiat, Hibah, Pusaka, Waqaf medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Pembahagian Harta Menurut Islam

Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu  perancangan harta semasa hidup dan pembahagian harta selepas kematian  pemilik harta. Di antara bentuk-bentuk perancangan harta semasa hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar. Manakala, pengurusan harta  selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid.

Walaupun faraid berperanan dalam urusan pembahagian  harta pusaka, namun pengagihan harta melalui cara tersebut mampu menjurus kepada masalah-masalah tertentu jika tidak ditadbir urus dengan sempurna serta  tidak difahami dengan betul Pembahagian harta pusaka bertujuan untuk memberikan kepada yang berhak dan untuk membantu waris yang ditinggalkan.

Syarak telah menetapkan apabila seseorang itu meninggal, hartanya akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid. Pembahagian harta secara faraid adalah salah satu cara pembahagian harta di dalam Islam. Ayat-ayat 7, 11, 12 dan 176 dalam surah al-Nisaa menggariskan panduan berkenaan waris-waris yang berhak dan juga bahagian-bahagian yang harus diperoleh setiap waris

Merujuk kepada kitab Mughil Muhtaj tulisan As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini yang telah menyatakan bahawa antara perkara yang perlu diselesaikan ke atas harta si mati adalah zakat yang belum ditunaikan, barang-barang gadaian yang belum ditebus, hutang si mati ke atas harta yang ditinggalkan, harta sepencarian, wakaf, nazar, hibah yang telah sempurna rukunnya tetapi belum dipindah milik, perbelanjaan pengebumian, hutang dan wasiat.

Perkongsian kali ini melibatkan beberapa perkara berkenaan dengan pembahagian harta menurut Islam. Antaranya

Hibah

Wasiat

Konsep Wakaf

Nazar

Faraid dan harta pusaka

Harta Sepencarian

Harta Bawaan

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah. Sumber bahan di atas daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan di sumber

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Pembahagian Harta Menurut Islam – Wasiat, Hibah, Pusaka, Waqaf appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Pembahagian Harta Menurut Islam – Wasiat, Hibah, Pusaka, Waqaf

Pembahagian Harta Menurut Islam – Wasiat, Hibah, Pusaka, Waqaf merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Pembahagian Harta Menurut Islam – Wasiat, Hibah, Pusaka, Waqaf atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Pembahagian Harta Menurut Islam – Wasiat, Hibah, Pusaka, Waqaf Reviewed by Unknown on 3:14 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.