Top Ad unit 728 × 90

Nota Hukum DM

Nota Hukum DM medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Nota Hukum DM

Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu Nota Hukum DM

Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.

Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).

Antara nota dan latihan berkaitan dengan ini adalah

a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris.
b. D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/objek”. M pula bermaksud ‘membuat” atau ‘sifat benda’ itu.
c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana “benda mendahului sifatnya”.

2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM : Frasa Bahasa Malaysia : (‘benda’ diikuti ‘sifat’) Contoh:

  • Rumah saya
  • -Kereta baru
  • -Bebola ikan –
  • Lampu kereta
  • -Buku teks
  • -Kereta Proton
  • -Idea baru

Frasa Bahasa Inggeris : (‘sifat’ diikuti ‘benda’) / dikira salah dalam bahasa Malaysia. Contoh:

  • -Saya rumah (my house)
  • -Baru kereta (new car)
  • -Ikan bebola (fish ball) -Kereta lampu (car lamp) -Teks buku (text books) -Proton kereta (proton cars) -Baru idea (new idea)

KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:
i. Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”.

Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris) – dia menaiki mini bas.

  • -makan di Aisyah Restoran.
  • -makan Maggie mee.
  • -naik Mara Ekspress
  • -bercicahkan cili sos.
  • -membeli goreng pisang.
  • -di Ah Kong kedai basikal.
  • -berbincang lain hal.

Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia)

  • -dia menaiki bas mini.
  • -makan di Restoran Aisyah.
  • -makan mi Maggie.
  • -naik Ekspress Mara.
  • -bercicahkan sos cili.
  • -membeli pisang goreng.
  • -di kedai basikal Ah Kong.
  • -berbincang hal lain.

Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”.

Contoh:

Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan)

  • -hal lain-lain
  • -perkara lain-lain
  • -peristiwa lain-lain
  • -buku lain-lain-buku bacaan lain-lain

Contoh:

Salah: (salah kerana ‘sifat’ diletak di hadapan dan ‘sifat’ digandakan)

  • -lain-lain hal
  • -lain-lain perkara
  • -lain-lain peristiwa
  • -lain-lain buku –
  • lain-lain buku bacaan

Berikut merupakan bahan Nota Hukum DM

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Nota Hukum DM appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Nota Hukum DM

Nota Hukum DM merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Nota Hukum DM atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Nota Hukum DM Reviewed by Unknown on 12:14 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.