Top Ad unit 728 × 90

Kata Kerja

Kata Kerja medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Kata Kerja

Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu Kata Kerja

Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.

Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).

Antara nota dan latihan berkaitan dengan ini adalah

KATA KERJA

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan.Dalam sesebuah ayat,kata kerja berfungsi sebagai predikat. Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Menurut (Nik Safiah Karim et al. 2009), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu, kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

KATA KERJA TRANSITIF

Kata Kerja Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan seperti mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Berdasarkan contoh di atas, jelas perbuatan menyepak, memancing tersebut terkena kepada orang atau benda lain.

2. Contoh: Kucing itu menangkap seekor burung.

Perempuan itu menjual sayur.

Bapa itu sedang menulis surat.

Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh:

Kata kerja tak transitif

Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.

Berikut merupakan bahan Kata Kerja

KATA KERJA

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Kata Kerja appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Kata Kerja

Kata Kerja merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Kata Kerja atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Kata Kerja Reviewed by Unknown on 3:14 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.