Top Ad unit 728 × 90

Pembukaan Sekolah bermula 24 Jun 2020 secara berperingkat

Pembukaan Sekolah bermula 24 Jun 2020 secara berperingkat medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pembukaan Sekolah bermula 24 Jun 2020 secara berperingkat

Tarikh pembukaan sekolah telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan pada 10 Jun 2020 melalui ucapan yang diberikan pada pukul 4.00 petang.

Untuk makluman semua, setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020.

sekolah akan dibuka secara berperingkat. KPM akan mengumumkan sebarang perkembangan berkaitan perkara ini dari semasa ke semasa.

Buat masa ini, pembelajaran di rumah akan diteruskan. Memandangkan guru-guru telah kembali ke sekolah, pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan dengan akses kepada kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah.

Antara SOP yang diterangkan adalah

Apabila murid sampai di sekolah, guru-guru bertugas akan memeriksa suhu badan mereka di pintu masuk sekolah. Pemeriksaan suhu badan juga akan dibuat kepada guru, warga sekolah dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.

Sesiapa yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.50C atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

Setelah pemeriksaan suhu badan dibuat, murid perlu mengikut laluan pergerakan terarah yang telah ditetapkan untuk menuju ke kelas masing-masing.

Sewaktudisekolah,muridakandiingatkanuntuksentiasamenjaga kebersihan diri, terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap. Contohnya, apabila murid tiba di sekolah, pada waktu rehat dan sebelum meninggalkan sekolah.

Didalamkelasnanti,meja-mejadisusunpadajaraksatu(1)meter. Secara umumnya, kapasiti maksimum untuk sebuah kelas dengan mengambil kira penjarakan sosial adalah tidak melebihi 20 murid. Namun, untuk ruang yang lebih besar seperti dewan sekolah, kapasiti tentunya lebih tinggi.

Bagaimana pula keadaannya pada waktu rehat? Tentunya ibubapa membayangkan anak-anak bersesak-sesak di kantin. Jangan risau, waktu rehat adalah secara berperingkat.

Di kantin nanti,makanan dan minuman akan siap dibungkus. Murid perlu beratur mengikut tanda penjarakan semasa membeli makanan di kantin. Murid akan makan di dalam kelas masing- masing di bawah pengawasan guru.

Ibu bapa atau penjaga juga digalakkan menyediakan bekal makanan untuk anak-anak mereka.

Selain daripada pengawasan guru di sekolah, kami mohon jasa baik ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa berpesan kepada anak-anak agar mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri pada setiap masa.

Berikut merupakan teks ucapan oleh Menteri Kanan Pendidikan.

Teks Ucapan Menteri Pendidikan

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post Pembukaan Sekolah bermula 24 Jun 2020 secara berperingkat appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Pembukaan Sekolah bermula 24 Jun 2020 secara berperingkat

Pembukaan Sekolah bermula 24 Jun 2020 secara berperingkat merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Pembukaan Sekolah bermula 24 Jun 2020 secara berperingkat atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Pembukaan Sekolah bermula 24 Jun 2020 secara berperingkat Reviewed by Unknown on 9:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.