Top Ad unit 728 × 90

Memo dan Surat Panggilan Mesyuarat Staf Kali Pertama 2020

Memo dan Surat Panggilan Mesyuarat Staf Kali Pertama 2020 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Memo dan Surat Panggilan Mesyuarat Staf Kali Pertama 2020

Kebiasaanya, pada bulan Disember setiap tahun, minggu terakhir akan diadakan mesyuarat pertama staf sebagai persediaan awal untuk sesi persekolahan tahun 2020. Bagi sesi persekolahan 2020 ini, KPM telah meminta sekolah untuk mengadakan mesyuarat persiapan sesi 2020 selepas 26 Disember 2019.

Sesebuah organisasi mengadakan mesyuarat untuk menyelaraskan pembahagian tugas melalui pengkhususan tugas terhadap individu yang terlibat.Oleh itu,tugas yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun sekaligus memudahkan perancangan dan juga perlaksanaan sesebuah organisasi.

Beban tugas juga akan menjadi ringan.Mesyuarat juga bertujuan menyampaikan informasi terkini kepada kakitangan,ini kerana mesyuarat dapat mengumpul semua kakitangan organisasi pada satu masa dan maklumat yang hendak disampaikan dapat dilakukan secara serentak.

Contohnya apabila terdapat rancangan baru atau beberapa perubahan untuk penambahbaikan kualiti dalam sesebuah organisasi,melalui mesyuarat segala urusan tersebut dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan

Tindakan-tindakan sebelum mesyuarat:
  1. Perbincangan antara pengerusi dan setiausaha
  2. Menentukan agenda, tarikh, masa, jemputan (ahli mesyuarat) dan tempat mesyuarat
  3. Membuat tempahan bilik mesyuarat
  4. Menentukan kertas kerja bahagian atau unit disediakan untuk perbincangan (jika ada)
  5. Menghantar surat panggilan mesyuarat
  6. Memastikan persediaan kemudahan bilik mesyuarat
  7. Menentukan kehadiran
*   Membuat tempahan bilik mesyuarat
  1. Nama mesyuarat
  2. Nama pengerusi mesyuarat
  3. Nama setiausaha mesyuarat
  4. Tarikh, masa mula dan masa dijangka tamat
  5. Bilangan pegawai yang akan menghadiri mesyuarat
  6. Peralatan atau kemudahan yang diperlukan di dalam bilik mesyuarat
  7. Jenis minuman atau jamuan ringan yang diperlukan
*   Penyediaan kertas kerja (jika ada)
  1. 15 hari sebelum mesyuarat, urus setia hendaklah menentukan semua kertas kerja diterima
  2. Bilangan salinan kertas kerja yang diperlukan
  3. Keperluan menyediakan ringkasan eksekutif (sekiranya ada)
*   Menghantar surat panggilan mesyuarat
  1. Dihantar sekurang-kurangnya 10 hari sebelum mesyuarat
  2. Isi kandungan surat yang perlu ada adalah:
  • Nama mesyuarat
  • Tarikh mesyuarat
  • Masa mesyuarat
  • Tempat mesyuarat
  • Nama pengerusi
  • Agenda mesyuarat
*   Memastikan persediaan kemudahan-kemudahan bilik mesyuarat
    (Memastikan bilik mesyuarat berada dalam keadaan kemas dan teratur)
  1. Overhead projector atau LCD (jika perlu)
  2. Jam dinding yang tepat berfungsi
  3. Gambar-gambar tersusun rapi
  4. Tempat duduk yang mencukupi dan tanda nama
  5. Papan putih yang bersih beserta marker dan pemadam
  6. Peralatan minuman tersedia
  7. Alat pembesar suara disediakan
  8. Meja mesyuarat beralas kain
  9. Kertas dan pensil disediakan
*   Senarai kehadiran
  1. Senarai kehadiran ditentukan sehari sebelum mesyuarat
  2. Ahli-ahli mesyuarat boleh dihubungi melalui surat, memo, emel dan telefon
Tindakan-tindakan semasa mesyuarat
  1. Catatkan perkara-perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat
  2. Kemaskini senarai kehadiran
  3. Catat keputusan yang dibuat
  4. Tindakan susulan yang perlu diambil oleh pegawai atau unit

Berikut merupakan contoh memo atau surat panggilan mesyuarat staf kali pertama 2020 sebagai rujukan dan contoh kepada guru.

Memo mesyuarat Staf kali pertama 2020

Surat Panggilan Mesyuarat Staf Kali Pertama 2020

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Memo dan Surat Panggilan Mesyuarat Staf Kali Pertama 2020 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Memo dan Surat Panggilan Mesyuarat Staf Kali Pertama 2020

Memo dan Surat Panggilan Mesyuarat Staf Kali Pertama 2020 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Memo dan Surat Panggilan Mesyuarat Staf Kali Pertama 2020 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Memo dan Surat Panggilan Mesyuarat Staf Kali Pertama 2020 Reviewed by Unknown on 1:29 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.