Top Ad unit 728 × 90

Takwim Persekolahan 2020 KPM

Takwim Persekolahan 2020 KPM medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Takwim Persekolahan 2020 KPM

Takwim persekolahan ini sangat berguna kepada pelbagai pihak. Oleh itu, sangat baguslah takwim ini dikeluarkan oleh pihak kementerian pendidikan Malaysia lebih awal.

Bagi kegunaan pihak sekolah dan guru, pihak sekolah dapat merancang pelbagai aktiviti yang ingin diadakan pada tahun 2020 dengan lebih awal supaya pelbagai persiapan dapat dilakukan dengan lebih baik. Pihak sekolah juga dapat memilih tarikh yang tidak berada di dalam cuti persekolahan bagi mengelakkan beberapa masalah timbul seperti kehadiran murid, guru dan pelbagai lagi.

Bagi kegunaan guru, pastinya guru yang berasal dari Semenanjung yang bertugas di Sabah Sarawak Labuan atau sebaliknya, dapat memilih tarikh untuk membeli tiket penerbangan lebih awal. Namun begitu, di saat keluarnya takwim ini, pastinya harga tiket penerbangan sudah meningkat naik kebiasaannya.

Bagi ibu bapa pula, mereka boleh merancang percutian keluarga ke mana mana destinasi sama ada dalam negara atau luar negara. Masyarakat Islam juga dapat merancang tarikh bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah bersama keluarga. Tambahan pula, pada masa sekarang terdapat beberapa syarikat penerbangan sedang membuat promosi untuk travel pada tahun 2019 nanti.

Bagi sesi persekolahan 2020 ini, cuti persekolahan sempena perayaan telah dikeluarkan. Boleh rujuk pautan di bawa

Takwim Cuti Persekolahan Sempena Perayaan 2020

Antara perayaan utama yang akan disambut pada tahun 2020 adalah Cuti Tahun Baru Cina, Cuti Deepavali, Cuti Perayaan Aidilfitri, Cuti Gawai dan Tadau Keamatan.

Takwim persekolahan masih menggunakan jumlah minggu yang sama iaitu 43 minggu persekolahan dan 10 minggu cuti persekolahan. Pada tahun 2020, cuti akhir tahun bermula pada 20 November 20120. Minggu persekolahan yang paling lama adalah di antara cuti pertengahan penggal 2 dan cuti akhir tahun iaitu 16 minggu persekolaha.

Berikut merupakan takwim persekolahan 2020 untuk panduan guru dan ibubapa bagi negeri kumpulan A.

Bagi negeri kumpulan B, rujuk takwim persekolahan di bawah

Selamat merancang cikgu dan kongsikan kepada rakan guru anda.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Takwim Persekolahan 2020 KPM appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Takwim Persekolahan 2020 KPM

Takwim Persekolahan 2020 KPM merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Takwim Persekolahan 2020 KPM atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Takwim Persekolahan 2020 KPM Reviewed by Unknown on 9:36 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.