Top Ad unit 728 × 90

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah PBD Tahap 1 2019

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah PBD Tahap 1 2019 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah PBD Tahap 1 2019

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Surat siaran ini bertujuan memaklumkan Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir  Tahun Murid Tahap I di Sekolah Rendah termasuk Murid Berkeperiuan Khas (MBK) di Sekolah  Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) dan Program Pendidikan  Inklusif (PPI) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2019.

2.Keputusan pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun bagi murid Tahap I  adalah selaras dengan konsep pembelajaran yang berorientasikan perkembangan murid. Hal  yang demikian membolehkan guru memberi lebih fokus kepada tugas mendidik dan menyemai   nilai-nilai mumi kepada murid.

3.Sehubungan dengan itu, pentaksiran yang lebih objektif bagi murid Tahap I hendaklah melihat  kepada perkembangan murid secara lebih menyeluruh termasuk amalan nilai-nilai mumi yang  berbentuk rutin harian. Pentaksiran ini beriaku melalui pembelajaran yang menyeronokkan ke arah  pembangunan dan pembentukan karakter murid. Kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan  menaakul) adalah kemahiran asas murid Tahap I yang perlu dibina dan diperkukuh sebelum  mereka melalui proses pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.

Bagi mencapai hasrat tersebut, pentaksiran ini dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)  dengan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

i.bercerita;

ii.projek mudah;

iii.permainan;

iv.main peranan; dan

v.kuiz

5.Selain daripada aktiviti di dalam para 4, guru juga boleh menjalankan PBD dalam bentuk  aktiviti lain yang bersesuaian.

6.Proses pembelajaran, hasil kerja murid dan amalan nilai mumi digunakan untuk menilai  perkembangan pembelajaran murid. Pelaporan pembelajaran murid digunakan oleh guru dan ibu  bapa untuk menambahbaik proses pembelajaran dan menentukan bentuk sokongan yang boleh  diberikan bagi memastikan perkembangan potensi, bakat, minat, kemahiran dan sahsiah murid  dioptimumkan.

7.Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PBD, maka pihak sekolah hendaklah merancang jadual  waktu yang bersesuaian. Di samping itu, guru juga boleh melaksanakan pengajaran secara  kolaboratif bagi memastikan PdP yang lebih menyeronokkan dan bermakna dapat direalisasikan.

Bagi mendapatkan tapak pelaporan terkini PBD..

Template Pelaporan PBD Tahap 1 KSSR Semakan Versi 3 2019

Berikut merupakan panduan dan tatacara pelaksanaan PBD dan bahan bahan penerangan berkenaan dengan pelaksanaan PBD.

Penerangan Pelaksanaan PBD

Kefahaman Melalui Reka Bentuk Backward Design PBD

Berikut merupakan contoh perancangan RPH PBD menggunakan kaedah bercerita, kuiz, main peranan, permainan dan projek mudah.

Contoh perancangan rph pbd ntuk bercerita

Contoh perancangan rph pbd untuk kuiz

Contoh perancangan RPH PBD Untuk main peranan

contoh perancangan rph pbd untuk permainan

contoh perancangan rph pbd untuk projek mudah

Terima kasih.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah PBD Tahap 1 2019 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah PBD Tahap 1 2019

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah PBD Tahap 1 2019 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah PBD Tahap 1 2019 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah PBD Tahap 1 2019 Reviewed by Unknown on 1:44 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.