Top Ad unit 728 × 90

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia (Tulisan Jawi: يڠ دڤرتوان اڬوڠ) ialah gelaran rasmi bagi Ketua Negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada beberapa bentuk monarki di dunia dengan raja yang dipilih.

Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan telah menyatakan dengan jelas bahawa kuasa Eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa sahaja untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak terikat pada kehendak Perdana Menteri yang sebelum itu sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti. Yang di-Pertuan Agong, bagaimanapun tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh menolak atau menangguhkan permohonan untuk membubarkan parlimen. Baginda juga boleh membubarkan atau menggantung Parlimen tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019 berikutan Sultan Muhammad V dari Kelantan menuruni takhta pemerintahan pada 6 Januari 2019. Sementara itu, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memangku jawatan tersebut sehingga Al-Sultan Abdullah secara rasmi melafaz sumpah jawatan baginda.

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan cuti umum atau hari pelepasan am bagi semua negeri di Malaysia. Bagi tahun 2019, Hari Keputeraan Agong adalah pada Isnin 9 September 2019 yang telah diwartakan oleh kerajaan persekutuan.

Bagi tahun 2020 pula, Hari Keputeraan Agong adalah pada hari Sabtu, 6 Jun 2020 seperti yang telah diwartakan. Berikut merupakan screenshot daripada dokumen tersebut. Diharap tiada lagi kekeliruaan berkenaan degnan cuti Hari Keputeraan Agong.

Sumber daripada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri….

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Reviewed by Unknown on 12:51 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.