Top Ad unit 728 × 90

MH370: Dua anak penumpang tarik balik saman

MH370: Dua anak penumpang tarik balik saman - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

MH370: Dua anak penumpang tarik balik saman

KUALA LUMPUR: Kes saman dikemukakan dua anak penumpang pesawat MH370, Jee Hing Jang, terhadap Penerbangan Malaysia (MAS) dan empat yang lain diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Ia berikutan dua adik beradik yang masing-masing berusia 12 dan 14 tahun itu menarik balik saman berkenaan.

Hakim Datuk Rosnaini Saub merekodkan penyelesaian kes dalam kamar beliau.

Dalam writ saman difailkan pada 31 Oktober tahun lalu, dua beradik yang memfailkan tindakan melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming, menamakan MAS, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga kelima.

Plaintif mendakwa MAS selaku defendan pertama memungkiri perjanjian apabila gagal mendarat di Beijing, China pada jam 6.30 pagi waktu tempatan pada 8 Mac 2014 dan tiada butiran mengenai pengakhiran pesawat itu hingga hari ini.

Selain itu, mereka mendakwa Ketua Pengarah DCA yang bertanggungjawab terhadap operasi DCA gagal dan cuai dalam mendapatkan perhubungan atau menjejaki pesawat itu melalui radar.


Pautan berita penuh dan bergambar di di MH370: Dua anak penumpang tarik balik saman. Wardah Berita dan Informasi MH370: Dua anak penumpang tarik balik saman diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
MH370: Dua anak penumpang tarik balik saman Reviewed by Bellicose on 2:04 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.