Top Ad unit 728 × 90

Peringatan 5 hari latihan setahun (berkursus)

Peringatan 5 hari latihan setahun (berkursus) medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Peringatan 5 hari latihan setahun (berkursus)

Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Tanggungjawab guru buka sekadar mengajar di dalam kelas dan melakukan tugas pengkeranian serta tugasan luar yang lain. Guru juga perlu mengikuti kursus atau latihan sepanjang tahun mengikut bilangan hari yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, jumlah hari latihan di KPM ditetapkan pada sekurang-kurangnya lima (5) hari setahun dan terpakai sehingga Jabatan Perkhidmatan Awam JPA mengeluarkan arahan atau pekeliling terkini. Namun begitu, sasaran tujuh (7) hari latihan amat digalakkan.

Sasaran ini boleh dicapai melalui dengan pelaksanaan blended training approach termasuk melalui pembacaan buku, perkongsian ilmu, sesi mentoring dan pembelajaran kendiri melalui E-pembelajaran sektor awam (EPSA). Semu kaedah dan maklumat latihan perlu dikemaskini di dalam SPL KPM bagi memastikan data adalah tepat dan terkini. Antara cara guru mencapai sekurangnya 5 hari latihan setahun

1. Latihan – kursus, seminar, konvensyen, bengkel, forum, simposium, kolokium, lawatan rasmi/korporat/sambil belajar, klinik kaunseling.

6 jam berterusan = 1 hari berkursus
(tidak terhad tetapi terpakai bagi kursus jangka pendek tidak melebihi 3 bulan sahaja).

2. Sesi pembelajaran – Executive Talk, perhimpunan bulanan anjuran jabatan, sesi perkongsian ilmu, menyampaikan ceramah dan sebaginya.

6 jam terkumpul = 1 hari berkursus
(maksima 5 hari/30 jam terkumpul setahun)

3. Pembelajaran kendiri – pembacaan buku atau bahan ilmiah

1 pembentangan = 1 hari berkursus
(maksima 3 hari setahun)

Berikut merupakan surat siaran berbentuk peringatan kepada guru.

Berdasarkan surat di atas jelaslah bahawa sangat perlu untuk guru dan warga kerja bawah kementerian pendidikan Malaysia untuk mencapai sasaran sekurangnya 5 hari setahun berkursus.

Sekadar peringatan kepada guru di awal tahun ini. Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.

Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan  [ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Peringatan 5 hari latihan setahun (berkursus) appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Peringatan 5 hari latihan setahun (berkursus)

Peringatan 5 hari latihan setahun (berkursus) merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Peringatan 5 hari latihan setahun (berkursus) atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Peringatan 5 hari latihan setahun (berkursus) Reviewed by Unknown on 8:50 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.