Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan
Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan
Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) kerap dirujuk sebagai sekumpulan guru-guru yang bertemu secara kerap, berkongsi pengalaman dan kepakaran untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar (DuFour et al. 2010; Hord, 1997)
Pada 2 April 2010, GTP 1.0 meletakkan pendidikan sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). PLC telah dimulakan semenjak 2011 di bawah inisiatif GTP 1.0 oleh BPG untuk memastikan kelestarian kualiti guru. Kajian dalam bidang keberkesanan sekolah mendapati bahawa prestasi pelajar dipengaruhi oleh sistem sekolah yang berprestasi tinggi yang didokong oleh A)Kualiti kepimpinan dan B)Kualiti guru
Pada 6 Sept 2013, GTP 2.0 telah melancarkan PPPM 2013 – 2020. Anjakan 4 PPPM untuk mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan merangkumi strategi di bawah yang berkaitan dengan PLC: A)Guru akan didedahkan dengan budaya kerjasama dan kecemerlangan professional B)Guru akan saling bekerjasama dalam menangani isu dan berkongsi amalan terbaik
Konsep Komuniti Pembelajaran Profesional (Profesional Learning merupakan salah satu pendekatan in- situ untuk peningkatan pembangunan profesionalisme berterusan yang perlu dibudayakan pada semua peringkat terutamanya di sekolah.
Di peringkat sekolah terutamanya, amalan kolaboratif dan perkongsian dalam PLC akan mengubah budaya guru dalam PdP untuk menjadikan pendidikan lebih bermakna.
Antara elemen atau kaedah Professional Learning Community (PLC) ini adalah seperti LESSON STUDY, LEARNING WALK, PEER COACHING, TEACHER SHARING SESSION, KAJIAN TINDAKAN, dan VIDEO CRITIQUE.
Lesson Study adalah amalan guru-guru secara KOLABORATIF : i.merancang dan menyedia satu Rancangan Mengajar ii.membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru iii.membuat refleksi terhadap PdP, dan seterusnya iv.mengubahsuai untuk menambahbaik Rancangan Mengajar.
Learning walk pula ialah Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik. Walking through the school observing other teachers and classrooms in action with a specific focus and a protocol
Peer coaching adalah satu permuafakatan antara guru dalam situasi yang tidak menilai antara satu sama lain berasaskan dialog reflektif dan kerjasama. Ia merupakan proses sulit di mana guru berkongsi kepakaran, memberi maklum balas antara satu sama lain, sokongan dan bantuan yang bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran melalui pemurnian kemahiran kini, pembelajaran kemahiran baru dan menyelesaikan masalah bilik darjah.
Teacher sharing session ialah Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik. Perkongsian bahan maujud seperti bahan bantu mengajar, laman sesawang, lembaran kerja, rancangan pengajaran dan skema pemarkahan. Seterusnya perkongsian bahan bukan maujud seperti amalan pedagogi seperti amalan PdPC pengurusan murid, pengurusan bilik darjah, kemahiran, pengalaman dan lain-lain.
Kajian tindakan ialah Usaha guru untuk memperbaiki pengajaran mereka secara sistematik melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi (Kember & Gow,1992). Kajian di bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi membolehkan mereka meneroka isu-isu pengajaran yang mereka suka (atau tidak suka?) bagi menambahbaikkan amalan tersebut (Cochran-Smith Lytle,1990)
Video critique adalah menggunakan rakaman video sesuatu pengajaran untuk membuat analisa dan memberi pendapat dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman atau membantu ahli panitia dalam pembelajaran murid.
Berikut merupakan Koleksi Bahan PLC Professional Learning Community
Bahan Teacher Sharing Session PLC
Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan [ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
The post Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan appeared first on Sumber Pendidikan.
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan
Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Koleksi Bahan Professional Learning Community (PLC) Pendidikan atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: