Himpunan Buku Bacaan Bahasa Melayu Bersiri
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia
Himpunan Buku Bacaan Bahasa Melayu Bersiri. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan himpunan buku Bahasa Melayu bersiri untuk dimuat turun.
Umum sedia maklum, ketidakupayaan membaca merupakan kelemahan murid pemulihan khas. Salah satu usaha bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menyediakan bahan bacaan secara berperingkat yang bersesuaian dengan tahap murid pemulihan khas.
Ia dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan pengalaman murid. Perkataan-perkataan baharu yang diperkenalkan berkonsepkan bunyi-bunyi suku kata. Setiap perkataan diwarnakan berdasarkan bunyi suku kata untuk memudahkan bacaan selain dapat menarik minat murid .
Isi kandungan buku ini berasaskan kepada beberapa tema yang dipilih mengikut kesesuaian . Buku ini mempunyai dua siri iaitu :
SIRI 1 :
- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk
- Memuatkan kemahiran 5 – 15
- Suku kata berwarna
- Kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri murid untuk membaca sendiri.
SIRI 2 :
- Mengandungi 10 siri buku.
- Bermula kemahiran 16- 32
- Suku kata tidak berwarna
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan preview buku siri bacaan Bahasa Melayu ini :
Preview salah satu daripada Buku Siri Bacaan (Siri 1)
Dapatkan “Himpunan Buku Siri Bacaan” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
SIRI 1
- Buku 1- Sara dan Sani
- Buku 2- Hobi
- Buku 3- Keluarga
- Buku 4- Kawan
- Buku 5- Tempat Tinggal
- Buku 6- Haiwan Peliharaan
- Buku 7- Makanan Kegemaran
- Buku 8- Bilik Darjah
- Buku 9- Guru Sekolah
- Buku 10- Sekolah
SIRI 2
Diharap dengan penggunaan bahan bacaan ini dapat meningkatkan keupayaan murid dalam kemahiran membaca khususnya murid-murid Pemulihan Khas secara terancang mengikut kaedah pengajaran bacaan Bahasa Melayu.
Semoga buku ini akan menjadi bahan bacaan mudah tetapi berkesan dalam membantu murid-murid belajar membaca dan memahami apa yang dibaca. Buku ini juga diharap dapat menarik dan menggalakkan murid-murid pemulihan untuk membaca.
Selamat memuat turun Himpunan Buku Bacaan Bahasa Melayu Bersiri ini. Sekian, terima kasih.
Himpunan Buku Bacaan Bahasa Melayu Bersiri
Mohd Suhaimin Isnen
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Himpunan Buku Bacaan Bahasa Melayu Bersiri
Himpunan Buku Bacaan Bahasa Melayu Bersiri merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Himpunan Buku Bacaan Bahasa Melayu Bersiri atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: