Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia
Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sudah dibuka. Mohon perhatian kepada semua murid, guru dan ibubapa untuk membuat permohonan di laman Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat sebelum tarikh tutup.
Cara Permohonan MRSM 2018 ke Tingkatan 1 dan 4
Untuk perhatian semua, permohonan kemasukan ke MRSM ini biasanya dibuka sekali setahun sahaja. Walaupun mungkin akan ada beberapa peringkat kemasukan murid bagi memenuhi kuota di MRSM, permohonan hanyalah sekali sahaja biasanya.
Oleh sebab itu, sila isi permohonan ini dan hantarkan sebelum tarikh tutup. Ini penting kerana gagal berbuat demikian bermakna peluang untuk anda atau anak anda memasuki gerbang pendidikan yang hebat ini musnah sama sekali.
Tarikh Permohonan MRSM 2018
- Permohonan dibuka : 19/9/2017
- Permohonan ditutup : 31/10/2017
Permohonan ke MRSM 2018 Bagi Tingkatan 1
Bagi membuat permohonan, berikut ialah details yang perlu diketahui.
Ketahui Jenis MRSM, Syarat dan Kelayakan Memohon ke MRSM
Ramai yang tidak tahu bahawa MRSM ada beberapa program dan setiap MRSM ini adalah berbeza mengikut program tersebut. Ini menyebabkan pemohon perlu spesifik dan tahu program apa yang ingin mereka ikuti dan dimana lokasi MRSM yang boleh mereka mohon mengikut program tersebut.
Untuk permohonan ke MRSM bagi tingkatan 1, berikut ialah penerangan ringkas yang dibuat dalam bentuk jadual bergambar.
Permohonan ke MRSM 2018 Bagi Tingkatan 4
Bagi membuat permohonan, berikut ialah details yang perlu diketahui.
Ketahui Jenis MRSM, Syarat dan Kelayakan Memohon ke MRSM
Seperti permohonan tingkatan 1 juga, pemohon ke tingkatan 4 perlulah membuat pilihan ke MRSM mana yang diingini dengan tepat. Untuk permohonan ke MRSM bagi tingkatan 4, berikut ialah penerangan ringkas yang dibuat dalam bentuk jadual bergambar.
Perhatian kepada Semua Pemohon yang Memohon ke MRSM
- Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan.
- Pemohon perlu memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program semasa mengisi borang permohonan online.
- Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA.
- Pemohon perlu menjawab OLSA(online self assessment) bagi mata pelajaran Keperibadian dalam tempoh yang telah di tetapkan di pautan yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan.
- Pemohon yang ditawarkan ke SBP dan SBPI KPM tidak akan ditawarkan ke MRSM. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
- Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2018, permohonan dianggap tidak berjaya. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
Kenapa Perlu Masuk MRSM ?
Sebelum mengisi permohonan ke MRSM, seringkali ada sahaja tanggapan bahawa MRSM ialah “second class students” atau “ranking last” kerana faktor pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP dibuat lebih dahulu sebelum ini. Murid yang tidak dipilih oleh SBP kemudian barulah dimasukkan kedalam MRSM. Pemikiran ini perlu diubah! Kenapa? Mari admin tunjukkan.
Perbandingan MRSM dan SBP dalam Keputusan SPM
SBP | GPS | MRSM | GPS | |
---|---|---|---|---|
2010 | SMS Tuanku Munawir | 0.89 | MRSM Pengkalan Chepa | 0.83 |
2011 | Kolej Tunku Kurshiah | 0.92 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.00 |
2012 | Sekolah Seri Puteri | 1.04 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.04 |
2013 | Sekolah Tun Fatimah | 0.84 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.13 |
2014 | SMS Tuanku Munawir | 1.16 | MRSM Taiping | 1.07 |
2015 | SMS Tuanku Munawir | 1.40 | MRSM Taiping | 1.43 |
2016 | Kolej Tunku Kurshiah | 1.31 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.22 |
Jadi, senang bukan bila dibuat perbandingan seperti ini? Kalau hendak diikutkan dalam keputusan SPM dari 2010 hingga paling terbaru 2016 yang lepas, MRSM telah mendahului SBP sebanyak 4 kali berbalas 3. Persaingan sihat yang sangat sengit! Kesimpulannya pastikan tiada lagi yang mengatakan atau menimbulkan isu MRSM sebagai “2nd Intake” ya.
Siapa Orang Ternama di Malaysia yang Lahir dari MRSM ?
Sebenarnya ramai orang ternama dan hebat yang dikeluarkan atau lebih mesra dipanggil “produk MRSM” ini. Kalau bercakap tentang jurutera atau doktor rasanya kita boleh guna perkataan “bersepah” sebab memang diakui terlalu ramai doktor, peguam, jurutera, farmasi, cikgu yang sudah dilahirkan dari MRSM ini. Oleh sebab itu, disini kami cuba kongsikan antara yang betul-betul ternama dan hebat di dalam bidang mereka yang tersendiri.
Berikut perkongsian yang boleh dibuat mengenai Produk MRSM yang menjadi orang ternama di Malaysia.
Jawatan / Pekerjaan | MRSM | |
---|---|---|
Neelofa | Pelakon, Pengaca, Usahawan, Model | MRSM Langkawi |
Janna Nick | Pelakon dan Penyanyi | MRSM Pendang |
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor | Angkasawan Pertama Malaysia | MRSM Muar |
Datuk Seri Mukhriz Mahathir | Ahli Politik | MRSM Pengkala Chepa |
Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly | Ketua Pegawai Eksekutif TM | MRSM Kuantan |
Amirizwan Taj Tajuddin | Pemain Bola Sepak | MRSM Kuala Terengganu |
Datuk Mokhzani Mahathir | Pengasas SapuraKencana Petroleum Berhad | MRSM Pengkala Chepa |
Datuk Kamarudin bin Meranun | Pengerusi Air Asia | MRSM Kuantan |
Mohd Anuar Taib | Pengerusi Shell Malaysia | MRSM Muar |
Malique Ibrahim | Penyanyi | MRSM Taiping |
Terkejut dan teruja bukan? Mungkin ada yang baru tahu dan mungkin ada yang ini pertama kali anda baca. Jadi tak mengapa, sila hadam dan mari kita sebab seterusnya kenapa anda perlu pilih MRSM.
Kejayaan Pelajar MRSM di Mata Dunia
Memang tidak dinafikan sudah terlalu banyak jasa MRSM yang akhirnya telah membuka mata dunia kepada Malaysia. Perkongsian kali ini kami cuba berikan antara yang berlaku paling baru pada tahun 2017.
Pada tahun ini, 5 orang pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 dari MRSM Kubang Pasu diiringi oleh guru pembimbing iaitu Cikgu Muhammad Zaim Kassim telah diumumkan juara bagi kategori 4 iaitu Tarian Robot dalam Pertandingan Robotik iaitu Anugerah Khas IEERAS Young Inventor Award 2016.
Pertandingan robotik ini telah berlangsung di Jepun dan untuk lebih lanjut boleh lihat artikel penuh mengenai perkongsian ini disini.
Tahniah kepada MRSM Kubang Pasu dan seluruh warga MRSM kerana berjaya mengharumkan nama negara. Hebat bukan? Jadi kenapa tidak anda yang menjadi salah seorang seperti mereka? Dan jangan ingat apabila sibuk dengan pertandingan bertaraf dunia ini mereka akan lalai atau ketinggalan di dalam pelajaran kerana mereka semua hebat di dalam kurikulum. Ya, seperti kumpulan Garaje Band dari MRSM Taiping ini juga!
MRSM Lahirkan Generasi Bijak dan Aktif
Pernah dengar Garage Band? Ok, sebelum mengulas panjang tentang kehebatan murid-murid MRSM ini mari kita buatkan anda teruja nak masuk dan mengisi borang kemasukan MRSM ini dulu dengan mendengar “konsert” atau persembahan hebat dari mereka.
Persembahan hebat ini ialah dari Garage Band MRSM Taiping dimana untuk pengetahuan semua MRSM Taiping ialah MRSM Bitara dan bukan itu sahaja MRSM Taiping ini merupakan antara sekolah yang pernah berada pada ranking nombor 1 MRSM dalam keputusan SPM. Apa itu MRSM Bitara? InsyaAllah akan dikongsikan selepas ini.
Apa yang penting, kita dapat lihat bahawa di MRSM pendidikan yang diamalkan bukanlah sekadar belajar akademik semata-mata tetapi mereka mahu melahirkan insan-insan yang cemerlang dan hebat dalam pelbagai aspek. Ianya dilihat tidak “mendera emosi” murid kerana mereka diberikan peluang secukupnya untuk meluahkan bakat dan kemahiran mereka dengan bimbingan hebat dari para guru. Ya, itulah sistem pendidikan MRSM yang sangat dikagumi.
Tak cukup dengan Garage Band ini satu lagi perkongsian, juga dari MRSM Bitara iaitu MRSM Tun Ghafar Baba yang menjadi sekolah paling cemerlang tahun lepas dalam keputusan SPM 2016 dengan Purata Nilai Gred 1.22! Sekolah ranking pertama dan murid aktif memang hebat. Ini rakaman persembahan lagu despacito mereka.
Baiklah, tamat penerangan mengenai kenapa perlu pilih MRSM dan kami ingin beralih kepada merungkai kekeliruan yang ada mengenai sistem pendidikan dan program yang ada di MRSM ini.
Penerangan 6 Sistem Pendidikan di MRSM
Seperti yang dinyatakan diatas, sebenarnya sekarang sudah ada 6 jenis sistem pendidikan dalam MRSM. Ya 6 jenis! Untuk pengetahuan semua juga, semua MRSM ini hanya menjalankan 1 program sahaja iaitu tiada campur aduk.
Jauh berbeza sebelum adanya 6 jenis sistem ini, semua MRSM adalah menjalankan sistem pendidkan biasa iaitu mengunakan kurikulum KBSM (kurikulum lama sebelum KPM naik taraf yang baru sekarang) dan khas MARA sebagai kurikulum piawai. Baiklah, sehingga tahun 2017 ini, sistem pendidikan yang ditawarkan oleh MRSM ialah :
- Pendidikan Biasa
- IGCSE
- Ulul Albab
- International Baccalaureate Middle Years Programme
- Teknikal
- Sains Keusahawanan
Mari kita ringkaskan satu persatu sistem pendidikan MRSM yang ada sekarang ini.
MRSM Sistem Pendidikan Biasa
Secara ringkasnya, MRSM yang tidak ada sistem khusus akan menjadi sistem pendidikan biasa. Maksud biasa disini ialah mereka akan menggunakan kurikulum KSSM yang dibekalkan oleh KPM serta gabungan kurikulum khas MARA. Seperti sekolah aliran biasa, ianya mempunya 2 peringkat iaitu menengah rendah dan menengah atas.
MRSM IGCSE
SPMRSM IGCSE atau dikenali juga sebagai program dwisijil merupakan sistem pendidikan MRSM yang menawarkan dua sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM sepanjang lima tahun tempoh persekolahan. Pelajar akan mempelajari kedua-dua kurikulum kebangsaan (KBSM) dan juga Cambridge International. Integrasi kurikulum ini akan memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran pelajar.
Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada tahun akhir tahun tingkatan 4 dan SPM pada akhir tahun tingkatan 5. Pelajar-pelajar amat digalakkan untuk belajar melangkaui SPM. Secara asasnya, murid yang mengambil program IGCSE akan melalui fasa pendidikan seperti berikut:
Bagi pelajar MRSM-IGCSE, mereka mempunyai kelebihan untuk mengambil peperiksaan IGCSE di akhir Tingkatan 4 dan peperiksaan SPM ketika di Tingkatan 5. Sijil IGCSE boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi seperti A level di United Kingdom atas tajaan sendiri.
Untuk lebih lanjut, boleh download pamplet mengenai MRSM IGCSE disini : Penerangan mengenai MRSM IGCSE
MRSM ULUL ALBAB
Program SPMRSM Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program SPMRSM Ulul Albab ini bermatlamatkan untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan alSunnah sebagai generasi Ulul Albab.
Program ini adalah hasil cetusan idea Pengerusi MARA sendiri iaitu Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh dalam usaha untuk mentrasformasi sistem pendidikan khususnya MARA. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2009 MRSM Kota Putra telah dipilih sebagai SPMRSM Ulul Albab yang pertama, diikuti MRSM Gemencheh pada tahun 2010, MRSM Kepala Batas pada tahun 2011, MRSM Sungai Besar pada tahun 2016 dan MRSM Tun Mustapha yang akan memulakan program Ulul Albab pada tahun 2018. 3 ciri utama sistem Ulul Albab ini ialah :
Quranik
Pelajar mampu menghafal Al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam masa tiga tahun serta memahami isi kandungannya.
Ensiklopedik
Pelajar mampu berkomunikasi dalam beberapa bahasa asing yang lain seperti Bahasa Mandarin, Bahasa Arab dan Bahasa Jepun
Ijtihadik
Pelajar mampu memberikan pandangan dan buah fikiran dalam menjawab persoalan-persoalan ummah serta berfikiran kreatif.
Untuk lebih lanjut, boleh download pamplet mengenai MRSM Ulul Albab disini : Penerangan mengenai MRSM Ulul Albab
MRSM International Baccalaureate Middle Years Programme
SPMRSM MYP adalah sistem pendidikan MRSM yang menawarkan Program Pertengahan Tahun disediakan oleh Pendidikan Baccalaureate Antarabangsa (IB education). SPMRSM MYP berjalan dalam program sekolah lima tahun.
Middle Years Programme (MYP) menyediakan rangka kerja pembelajaran yang menggalakkan pelajar untuk menjadi kreatif, kritikal dan pemikiran yang reflektif. MYP adalah cukup fleksibel untuk menampung keperluan kurikulum luar negara atau tempatan.Untuk lebih lanjut, boleh download pamplet mengenai MRSM IB disini : Penerangan mengenai MRSM IB
MRSM Teknikal
Objektif sebenar mewujudkan MRSM Teknikan ialah untuk menyediakan sebuah MRSM
khas kepada pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang kejuruteraan dan teknikal. Selain itu, ianya juga untuk menghasilkan pelajar yang berpotensi untuk menjadi jurutera hebat, berkualiti, berdaya saing dan bertaraf dunia bagi menerajui pembangunan negara.
MRSM Teknikal ini juga ingin mewujudkan satu program pembelajaran dengan kerjasama universiti dan institusi pengajian tinggi terkemuka, tempatan atau luar negara melalui perjanjian yang akan dimeterai.
Untuk lebih lanjut, boleh download pamplet mengenai MRSM Teknikal disini : Penerangan Mengenai MRSM Teknikal.
MRSM Sains Keusahawanan
SPMRSM Sains Keusahawanan menerapkan elemen keusahawanan melalui subjek prinsip perakaunan dan ekonomi asas. Program Sains Keusahawanan merupakan sistem pendidikan terbaru yang ditawarkan MARA di mana MRSM Imtiaz YT Ketengah merupakan MRSM perintis untuk program ini.
Sistem MRSM Mana Patut Anda Pilih?
Secara jujurnya semua ini bergantung kepada minat dan matlamat. Anda tidak boleh minta orang lain buat keputusan untuk anda atau anak anda. Tetapi jika mahukan sedikit pandangan maka pada pendapat admin pilihan ke MRSM Ulul Albab adalah paling hebat dan paling baik.
Kenapa? InsyaAllah nanti akan admin kongsikan.
Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Encik Mohd Aried Rifke
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.

No comments: