Top Ad unit 728 × 90

Guru Lantikan 2014-2016 wajib sertai PTM-EPSA

Guru Lantikan 2014-2016 wajib sertai PTM-EPSA medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Guru Lantikan 2014-2016 wajib sertai PTM-EPSA

Bagi yang dilantik pada tahun 2014 hingga 2016, pastinya tidak asing dengan perkataan PTM dan EPSA. Dua perkara ini merupakan dasar baru yang diperkenalkan bagi menggantikan KISSM iaitu Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia.

PTM merupakan Program Transformasi Minda manakala EPSA ialah E-Pembelajaran Sektor Awam. EPSA dilaksanakan setelah difahamkan bahawa terdapat ramai guru bermula tahun 2014 masih belum menduduki PTM hingga menyebabkan KPM meminta kelulusan daripada JPM untuk melaksanakan PTM secara atas talian online.

EPSA merupakan salah satu keperluan untuk seseorang pegawai disahkan jawatan dan mendapat pengecualian PTM. Guru-guru lantikan 2014-2016 perlu menduduki kursus ini bermula 15 jun 2017 hingga 30 jun 2018.

JIka terdapat guru yang lewat dalam menguruskan hal ini, dikhuatiri tempoh pengesahan mereka dalam jawatan akan menjadi lewat atau tertangguh daripada tarikh sepatutnya sehingga menyebabkan mereka lewat mendapat keistimewaan seperti penjawat awam lain seperti memohon pinjaman kerajaan.

Tempoh pelaksanaan EPSA iini berbeza mengikut tempoh lantikan bagi setiap tahun. Contohnya, lantikan tahun 2014 pada 15 Jun 2017 hingga 15 Julai 2017, Lantikan tahun 2015 pula pada 15 Jun 2017 hingga 31 November 2017 dan pada tahun 2016 pada 15 Jun hinggga 31 NOvember 2017 dan 1 Jan 2018 hingga 31 Mac 2018.

Apa yang perlu dilakukan oleh peserta EPSA ini?

Mereka perlu menyelesaikan 13 modul iaitu 10 modul kursus wajib dan 3 modul kursus pilihan. Bagi modul wajib, 9 boleh diakses melalui portal EPSA manakala 1 lagi pada portal Sistem Pengurusan Latihan KPM di http://ift.tt/2xydmsl.

Bagi kursus pilihan, ketiga-tiga modul tersebut boleh diakses pada web EPSA itu sendiri. Antara 10 kursus wajib itu adalah Tanggungjawab dan Peranan Pegawai (Tatakelakuan, Tatatertib AKujanji), Tanggunjawab dan peranan pegawai (Perintah am, gaji, elaun), Transformasi Khidmat Awam, Nilai Etika, Pengendalian Buku Perkhidmatan, Budaya Kerja Kelas Pertama, Tanggungjawab dan Peranan pegawai (Pelantikan, kenaikan pangkat), Pengenalan kepada dasar utama kerajaan, pengurusan kewangan, dan kursus ketrampilan sosial pengurusan diri.

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com

The post Guru Lantikan 2014-2016 wajib sertai PTM-EPSA appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Guru Lantikan 2014-2016 wajib sertai PTM-EPSA

Guru Lantikan 2014-2016 wajib sertai PTM-EPSA merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Guru Lantikan 2014-2016 wajib sertai PTM-EPSA atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Guru Lantikan 2014-2016 wajib sertai PTM-EPSA Reviewed by Unknown on 6:20 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.