Top Ad unit 728 × 90

Realiti Guru di Borneo pula berbelanja hampir enam ribu untuk pulang beraya

Realiti Guru di Borneo pula berbelanja hampir enam ribu untuk pulang beraya medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Realiti Guru di Borneo pula berbelanja hampir enam ribu untuk pulang beraya

Alhamdulillah, terima kasih kepada Menteri Pendidikan kerana melalui pimpinan beliau sesi persekolahan bagi kumpulan B mendapat cuti ganti sempena raya pada jumaat 23 Jun 2017. Cuti tersebut pastinya dapat memudahkan pergerakan warga kota yang mahu bergerak pulang ke kampung.

Bagi guru atau mereka yang sudah membeli tiket penerbangan, pastinya cuti ini tidak akan sangat-sangat diraikan memandangkan tiket tidak dapat ditukar dan jika ingin membeli tiket baru, pastinya harganya akan melambung mencecah ribuan ringgit.

Bagi mereka yang belum membeli tiket, dan ingin membeli tiket pada hari khamis 22 Jun 2017 selepas waktu persekolahan dan pejabat, harganya juga pastinya melambung tinggi sehingga kadang-kala harga tidak masuk akal. Tetapi, begitulah sistem manusia mengaut untung atas keperluan orang lain.

Atas perkongsian orang ramai, terdapat rakan guru yang perlu berbelanja hampir RM 6 ribu untuk pulang ke kampung menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga di kampung.

Difahamkan, cikgu tersebut bersama isteri dan seorang anak yang berusia lebih 2 tahun membuat tempahan tiket dari Bintulu Sarawak ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke Bintulu Sarawak.

Rujuk gambar di bawah..

Pada gambar di atas, guru tersebut memerlukan RM 5700 untuk pulang ke kampung berhari raya bersama orang tua. Ini baru sahaja kos tiket penerbangan dan belum termasuk kos darat seperti kos makan minum, perjalanan ke airport dan dari airport dan pelbagai kos sampingan lagi.

Bayangkan jika guru ini hendak pulang ke Kelantan atau Terengganu, pastinya akan memerlukan tiket penerbangan yang lain dari Kuala Lumpur untuk ke pantai timur.

Rm 5700 ini pastinya akan menghabiskan gaji lebih sebulan dan pastinya jika terpaksa juga membeli tiket, begitu besar perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh keluarga ini. Atas sebab inilah ramai guru yang mahu cepat-cepat bertukar stesen dari borneo ke semenanjung bagi meringankan perbelanjaan. Bayangkan banyak perkara yang boleh dilakukan oleh guru di semenanjung dengan wang 6 ribu ini.

Tetapi, bagi guru di borneo, duit gaji pastinya perlu disimpan sedikit untuk keperluan membeli tiket. Dan ingatlah juga, gaji guru di borneo ini sedikit sahaja bezanya dengan gaji guru di semenanjung. Sila tukar mentaliti yang mengatakan gaji guru di borneo bergaji besar seolah-olah berbeza RM 10 ribu dengan guru semenanjung.

Kerajaan juga pandai pandailah segerakan memberikan waran penerbangan kepada guru di borneo bagi meringankan beban membeli tiket penerbangan. Hanya yang merasa tahu peritnya. Inilah realiti guru sebenar di borneo.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post Realiti Guru di Borneo pula berbelanja hampir enam ribu untuk pulang beraya appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Realiti Guru di Borneo pula berbelanja hampir enam ribu untuk pulang beraya

Realiti Guru di Borneo pula berbelanja hampir enam ribu untuk pulang beraya merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Realiti Guru di Borneo pula berbelanja hampir enam ribu untuk pulang beraya atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Realiti Guru di Borneo pula berbelanja hampir enam ribu untuk pulang beraya Reviewed by Unknown on 7:31 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.