Top Ad unit 728 × 90

Adab Bersedekah di Bulan Ramadhan untuk meluaskan rezeki

Adab Bersedekah di Bulan Ramadhan untuk meluaskan rezeki medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Adab Bersedekah di Bulan Ramadhan untuk meluaskan rezeki

Bagi mereka yang beriman dan soleh, antara bulan yang ditunggu adalah kehadiran bulan Ramadhan. Ini kerana, bulan Ramadhan ini merupakan bulan di mana amal kebajikan dan ibadat akan dilipat gandakan ganjaran pahalanya.

Tambahan lagi, terdapat malam Lailatul Qadar di mana beribadat di malam tersebut seumpana beribata seribu bulan.

Antara amalan yang boleh dilaksanakan di bulan Ramadhan adalah dengan bersedekah ataupun berzakat. Bersedekah atau berzakat sangat dituntut terutamanya bagi yang mampu.

Dengan bersedekah juga, dapat menambah rezeki seseorang tersebut dan tidak akan merugikan sama sekali kepada mereka yang bersedekah.

Antara adab-adab bersedekah adalah…

  1. Ikhlas dalam bersedekah. Bagi mereka yang bersedekah, ikhlaslah kerana Allah S.W.T. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk kepada orang lain dikuatiri akan mewujudkan sifat riak dalam diri.
  2. Mendahulukan sedekah yang wajib. Sedekah yang wajib ini seperti kita bernazar untuk memberikan apa-apa kepada seseorang jika mendapat sesuatu yang dihajati.
  3. Sedekahlah kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang dalam kesakitan dan sesiapa yang memerlukan. Memberi kepada mereka yang tidak memerlukan dikhuatiri menjadi hadiah.
  4. Bersedekah dengan harta yang halal bagi membolehkan agar amalan sedekah itu diterima oleh Allah s.w.t.
  5. Tidak mengungkit amalan sedekah tersebut.
  6. Mensyukuri nikmat kurniaan pemberian Allah S.W.T. Bersedekah ini sebenarnya mengajar orang yang bersedekah dengan erti syukur kerana diberi oleh Allah s.w.t rezeki yang lebih untuk dikongsi kepada orang yang memerlukan. Tambahan pula, menjadi orang yang berada ataupun mempunyai lebihan wang juga merupakan satu ujian daripada Allah s.w.t.
  7. Mengutamakan waris/saudara terdekat dalam bersedekah. “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  8. Tidak buruk siku. Seseorang yang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya boleh diumpakan seperti anjing yang menjilat kembali muntahnya. . Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim)

Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama rakan. Semoga pahala amalan jariah ini berkekalan.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post Adab Bersedekah di Bulan Ramadhan untuk meluaskan rezeki appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Adab Bersedekah di Bulan Ramadhan untuk meluaskan rezeki

Adab Bersedekah di Bulan Ramadhan untuk meluaskan rezeki merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Adab Bersedekah di Bulan Ramadhan untuk meluaskan rezeki atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Adab Bersedekah di Bulan Ramadhan untuk meluaskan rezeki Reviewed by Unknown on 1:32 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.