Top Ad unit 728 × 90

Wanita Thai edar dadah dijatuhi hukuman gantung

Wanita Thai edar dadah dijatuhi hukuman gantung - Peristiwa Penting, Maklumat, #Berita dan Ilmu. Informasi Semasa dan Terkini dengan pautan penuh Portal Berita Harian Online. Medium Perkongsian Bestari Wardah Berita dan Informasi. Muat Turun atau Baca berita sepenuhnya di Wanita Thai edar dadah dijatuhi hukuman gantung

Wanita Thai edar dadah dijatuhi hukuman gantung

KANGAR: Seorang wanita rakyat Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah mengedar 407.5 gram kanabis dua tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi Kangar, hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa berjaya membuktikan kes membabitkan Rohanee Subakoye, 37, dari Selatan Thai melangkaui keraguan munasabah.

Rohanee yang mengambil upah menoreh getah di Changlun, kira-kira 30 kilometer dari sini, didakwa melakukan kesalahan itu di pintu masuk Pos Imigresen Wang Kelian kira-kira 2 petang, 28 Januari 2013.

Ibu empat anak itu hanya mampu mengangguk kepala apabila jurubahasa membacakan keputusan mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam, Mohd Khairuddin Idris menjalankan pendakwaan manakala tertuduh diwakili Rabiatul Adawiah Ramli, Nor Farishah Mohammad Bahar dan Fatin Hayati Abdul Rahman. - BERNAMA


Wardah Berita dan Informasi Wanita Thai edar dadah dijatuhi hukuman gantung diterbitkan oleh Media Prima Berhad pertama kalinya di laman Berita Harian Online.
Wanita Thai edar dadah dijatuhi hukuman gantung Reviewed by Bellicose on 4:49 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.