Top Ad unit 728 × 90

Taman Agropelancongan MAEPS tarikan baharu pelancong

Taman Agropelancongan MAEPS tarikan baharu pelancong - Peristiwa Penting, Maklumat, #Berita dan Ilmu. Informasi Semasa dan Terkini dengan pautan penuh Portal Berita Harian Online. Medium Perkongsian Bestari Wardah Berita dan Informasi. Muat Turun atau Baca berita sepenuhnya di Taman Agropelancongan MAEPS tarikan baharu pelancong

Taman Agropelancongan MAEPS tarikan baharu pelancong


MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto Azhar Ramli

SERDANG: Taman Agropelancongan MAEPS yang mengandungi 10 laman agro bakal menjadi antara tarikan baharu pelancong ke Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

Laman agro itu ialah Laman Padi, Perikanan, Ternakan, Sayur, Herba, Florikultur, Nanas, Jentera Pertanian, Ladang Mini Madu Kelulut, Pasar Tani, 13 Pavilion Rumah Negeri dan rekreasi agro termasuk berkuda.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sektor agropelancongan amat penting dan berpotensi besar untuk menyumbang kepada ekonomi negara.

"Malah kerajaan menyasarkan sumbangan industri agro pelancongan akan meningkat kepada enam peratus menjelang 2020 berbanding hanya empat peratus pada 2009," katanya pada sidang media selepas melancarkan Taman Agropelancongan MAEPS di sini, hari ini.

Ismail Sabri juga berkata, semua kerajaan negeri diminta mengaktifkan semula operasi Rumah Negeri di Taman Agrotourism MAEPS bagi mempromosikan produk pertanian masing-masing kepada pelancong.

Katanya, beliau yakin produk agropelancongan berasaskan teknologi dan inovasi pertanian yang diwujudkan di MAEPS memberi kelebihan daya saing berbanding destinasi lain.

Beliau berharap dengan pengukuhan fungsi MAEPS sebagai Taman Agropelancongan yang setanding dengan destinasi pelancongan seumpamanya yang terkenal di luar negara.


Wardah Berita dan Informasi Taman Agropelancongan MAEPS tarikan baharu pelancong diterbitkan oleh Media Prima Berhad pertama kalinya di laman Berita Harian Online.
Taman Agropelancongan MAEPS tarikan baharu pelancong Reviewed by Bellicose on 5:21 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.