Top Ad unit 728 × 90

Kerajaan kaji mansuh visa untuk pelancong China - Nazri

Kerajaan kaji mansuh visa untuk pelancong China - Nazri - Peristiwa Penting, Maklumat, #Berita dan Ilmu. Informasi Semasa dan Terkini dengan pautan penuh Portal Berita Harian Online. Medium Perkongsian Bestari Wardah Berita dan Informasi. Muat Turun atau Baca berita sepenuhnya di Kerajaan kaji mansuh visa untuk pelancong China - Nazri

Kerajaan kaji mansuh visa untuk pelancong China - Nazri

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memansuhkan visa bagi pelancong dari China dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari negara itu datang ke Malaysia.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan itu kepada Jemaah Kabinet pada 15 Mei lepas.
"Saya berharap cadangan ini dapat diputuskan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek komersil dan gaya hidup bersepadu, 'Theme Park, Wholesale City and Outlet Mall (TWO) bernilai RM5 bilion oleh DA Land Sdn Bhd, di sini hari ini.
Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengubah semula kedudukan daya saing Malaysia dalam industri pelancongan susulan tindakan Thailand dan Indonesia memansuhkan visa untuk pelancong dari China.
Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, katanya, Malaysia hanya menerima kedatangan 350,000 pelancong China berbanding dua juta oleh Thailand.
Pada Januari lepas, kerajaan meluluskan pengecualian bayaran RM46 bagi permohonan visa untuk pelancong China berkuatkuasa 15 Februari hingga akhir tahun ini.
Tahun lepas, Malaysia mencatatkan kedatangan 1.4 juta pelancong dari China berbanding dua juta pada tahun sebelumnya.
Sementara itu, projek TWO di tapak seluas 20.63 hektar di Rawang, Selangor, itu mempunyai sebuah pusat konvensyen, dewan serba guna, pusat beli-belah premium, hotel dan taman tema tertutup terbesar di rantau ini.
Ketua Pegawai Eksekutif DA Land, Derek Chew, berkata fasa pertama projek telah bermula bulan lepas dan dijangka siap dalam tempoh empat tahun manakala projek keseluruhan itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh antara lapan dan 10 tahun.
- BERNAMA

Wardah Berita dan Informasi Kerajaan kaji mansuh visa untuk pelancong China - Nazri diterbitkan oleh Media Prima Berhad pertama kalinya di laman Berita Harian Online.
Kerajaan kaji mansuh visa untuk pelancong China - Nazri Reviewed by Bellicose on 6:04 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.