Top Ad unit 728 × 90

Polis Sabah tahan 'Mat Malaya' di Kundasang

Polis Sabah tahan 'Mat Malaya' di Kundasang - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Polis Sabah tahan 'Mat Malaya' di Kundasang

KOTA KINABALU: Selepas hampir sebulan diburu berkaitan kes cubaan bunuh, seorang suspek dikenali sebagai 'Mat Malaya' ditahan di sebuah homestay di Kundasang, dekat Ranau, malam tadi.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan bersama wanita berusia 24 tahun dan seorang bayi kira-kira jam 10.50 malam.

Serbuan dijalankan sepasukan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata susulan penahan suspek polis merampas dua telefon bimbit untuk siasatan lanjut selain masih mengesan senjata api milik suspek.

Pada 5 Mei lalu, suspek dipercayai terbabit dalam kejadian tembak di sebuah premis membaiki alat pendingin hawa di Jalan Tuaran Bypass, di sini, selepas dikatakan bergaduh dengan seorang pembantu mekanik di bengkel berkenaan.

Suspek juga dipercayai pengedar dadah dan pernah diambil tindakan atas kesalahan terbabit tetapi sudah dibebaskan.


Pautan berita penuh dan bergambar di di Polis Sabah tahan 'Mat Malaya' di Kundasang. Wardah Berita dan Informasi Polis Sabah tahan 'Mat Malaya' di Kundasang diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Polis Sabah tahan 'Mat Malaya' di Kundasang Reviewed by Bellicose on 7:37 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.