Top Ad unit 728 × 90

Mengembalikan kegemilangan pesawat MAS

Mengembalikan kegemilangan pesawat MAS - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Mengembalikan kegemilangan pesawat MAS

Hari ini, kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS) yang berjumlah kira-kira 20,000 orang, akan mengetahui untung nasib mereka dengan syarikat penerbangan kebangsaan itu, sama ada kekal sebagai pekerja atau sebaliknya.

Pengurangan kakitangan MAS sehingga dua pertiga daripada jumlah sekarang adalah sebahagian daripada program pemilihan syarikat penerbangan itu, selain pemindahan aset dan liabilitinya kepada syarikat baharu, dikenali sebagai MAS Bhd.

Pada pertemuan pengurusan kanan MAS dengan sembilan kesatuan sekerjanya minggu lalu, kakitangan syarikat penerbangan itu diberitahu, pakej berhenti kerja kepada mereka yang terbabit berdasarkan perjanjian bersama (CA).

Kakitangan yang tidak ditawarkan bekerja dengan MAS Bhd akan diberikan satu bulan gaji pokok bagi setiap tahun perkhidmatan sehingga 10 tahun. Mereka yang berkhidmat dengan MAS lebih 10 tahun akan mendapat 1.5 bulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan.

Mereka yang menerima tawaran untuk menyertai MAS Bhd akan ditawarkan bayaran daftar masuk dan jika mereka masih berkhidmat dengan MAS Bhd selepas 18 bulan, mereka akan mendapat bayaran pengekalan.

4,500 kakitangan diberhentikan

Sekurang-kurangnya 4,500 orang dijangka terbabit dalam proses pengecilan kakitangan itu. Mereka yang menerima tawaran untuk bekerja semula dengan MAS Bhd diberi tempoh sehingga 12 Jun untuk membuat keputusan menerima atau sebaliknya.

Kita percaya sebahagian besar kakitangan MAS yang menerima surat tidak ditawarkan semula nanti, tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang serupa kerana banyak syarikat penerbangan, terutama bertambang murah memerlukan pekerja berpengalaman.

Di sebalik dua tragedi nahas dan kehilangan pesawat dalam tempoh setahun serta kerugian berterusan syarikat itu, MAS banyak mencatatkan rekod dan kejayaan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti perkhidmatan kabin dan bahagian kejuruteraannya.

Ramai bekas kakitangan MAS yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan antarabangsa seperti Emirates dan Etihad, adalah bukti mutu perkhidmatan syarikat penerbangan kebangsaan sebelum ini.

Malah dua tragedi menimpa MAS tahun lalu memberi pengalaman berguna kepada mereka yang tidak ada pada kakitangan syarikat penerbangan lain. Justeru, pengurangan satu pertiga pekerja MAS itu turut menguntungkan syarikat penerbangan lain yang memerlukan kakitangan berpengalaman.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS Bhd, Christoph Mueller, dijadual memberi taklimat kepada media mengenai rangka kerja syarikat penerbangan baharu itu serta pelaksanaan pelan dan strategi perniagaannya, pagi ini.

Walaupun MAS dalam sejarahnya sejak lebih 20 tahun lalu, menjalani beberapa pelan pemulihan, berakhir dengan kegagalan dan kerugian berterusan, program kali ini adalah paling menyeluruh terutama dari segi pengurangan jumlah kakitangan - faktor yang dianggap menghantui MAS selama ini.

Selain itu, MAS daripada singkatan Malaysia Airline System Bhd yang ditubuhkan pada 1972 sebagai syarikat penerbangan kebangsaan tidak lagi wujud. Mulai 1 September nanti, ia digantikan dengan MAS Bhd, milik penuh Khazanah Nasional.

Catat sejarah diterajui warga asing

Buat kali pertama dalam sejarah pemulihan MAS, ia diterajui rakyat asing yang dipilih berdasarkan pengalaman dan kejayaannya memulih beberapa syarikat penerbangan bermasalah sebelum ini.

Mueller ialah CEO Aer Lingus sejak September 2009 sebelum berhenti untuk menyertai MAS. Pengalamannya dalam industri penerbangan termasuk menjadi Ketua Pegawai Kewangan DHL Worldwide (2002 - 2004) dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Deutsche Post AG selepas syarikat itu mengambi lalih DHL pada tahun 2004. Beliau pernah memegang jawatan kanan di Daimler Benz Aerospace, menjadi Naib Presiden Eksekutif Lufthansa AG and CEO Sabena Group.

Bagaimanapun berbeza dengan pelan pemulihan MAS sebelum ini, pengurusan gagal mengurangkan saiz pekerjanya disebabkan faktor politik, Mueller dan majikannya, Khazanah, berjaya mengatasi halangan itu.

Begitu juga dengan penjualan (pengambilan) aset dan pengurangan destinasi penerbangan seperti dilakukan oleh beberapa pengurusan MAS sebelum ini, dijangka akan diteruskan MAS Bhd sehingga ia terhad sebagai syarikat penerbangan serantau.

Dalam kata lain, MAS Bhd yang diterajui Mueller ialah syarikat penerbangan baharu, termasuk dari segi wajah dan penjenamanya. Soal sama ada ia mampu mencatat keuntungan dalam tempoh tiga tahun, disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2019 dan lebih daripada itu, muncul semula sebagai kebanggaan negara, ditunggu seluruh rakyat Malaysia.


Pautan berita penuh dan bergambar di di Mengembalikan kegemilangan pesawat MAS. Wardah Berita dan Informasi Mengembalikan kegemilangan pesawat MAS diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Mengembalikan kegemilangan pesawat MAS Reviewed by Bellicose on 8:04 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.